• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Wednesday, June 3, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Petronas Meterai PSC Baharu Untuk Medan Gas Blok I Di Turkmenistan

in Catalyst
A A
Petronas Mulakan Perniagaan LNG Di Pelabuhan Pasir Gudang

Kredit gambar: The Edge Markets

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp


KUALA LUMPUR, 14 Mei (Bernama) — Syarikat minyak dan gas negara, Petroliam Nasional Bhd (Petronas) mengambil bahagian dalam penerokaan medan gas asli luar pesisir di Turkmenistan.

Dalam satu kenyataan hari ini, Petronas mengumumkan bahawa ia telah menandatangani kontrak perkongsian pengeluaran (PSC) baharu dengan syarikat tenaga yang berpangkalan di Emiriah Arab Bersatu (UAE), XRG, serta syarikat minyak dan gas Turkmenistan, iaitu State Enterprise Hazarnebit dan State Concern Turkmennebit bagi medan gas dan kondensat Blok I di Turkmenistan.

Di bawah terma PSC itu, Petronas akan menguasai 57 peratus kepentingan sebagai pengendali, bekerjasama dengan XRG yang memegang 38 peratus, manakala State Enterprise Hazarnebit memiliki baki lima peratus.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

Sebagai sebahagian daripada urus niaga berkenaan, satu perjanjian penjualan gas jangka panjang turut ditandatangani dengan syarikat gas nasional Turkmenistan, State Concern Turkmengas.

Terletak di Laut Caspian, Blok I kini menghasilkan kira-kira 400 juta kaki padu gas asli setiap hari.

Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Huluan Petronas Mohd Jukris Abdul Wahab berkata sebagai pengendali antarabangsa pertama dalam sektor tenaga Turkmenistan hampir tiga dekad lalu, pencapaian ini mengukuhkan lagi kehadiran dan menandakan pengembangan berterusan syarikat itu dalam sektor huluan.

“Kami berbesar hati dapat menyumbang kepada kemajuan berterusan industri tenaga negara dan kekal komited untuk memupuk perkongsian jangka panjang dengan XRG, Hazarnebit, Turkmennebit dan Turkmengas,” katanya.

Sementara itu, Presiden Gas Antarabangsa XRG Mohamed Al Aryani berkata dengan memperdalam perkongsian mereka bersama Petronas, Turkmennebit dan Turkmengas, mereka sedang memajukan keselamatan tenaga dan pembangunan ekonomi sambil mencipta nilai jangka panjang untuk semua pihak berkepentingan.

“Perjanjian ini menandakan peristiwa penting dalam strategi pertumbuhan global XRG dan membina hubungan yang semakin kukuh antara Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Turkmenistan.

“Ia juga mengukuhkan kehadiran XRG di rantau Caspian, memperluas asas sumber kami dan mencerminkan cita-cita kami untuk menjadi pembekal tenaga bersih yang boleh dipercayai bagi memenuhi keperluan dunia yang semakin berkembang,” tambahnya.

— BERNAMA

Tags: kontrak perkongsian pengeluaranminyak dan gasPetronasTurkmenistan
Share212ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

10 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

10 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

10 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

10 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In