KUALA LUMPUR, 13 Mei (Bernama) — Anak syarikat milik penuh Uzma Bhd, Uzma Engineering Sdn Bhd memperoleh kontrak daripada Petronas Carigali Sdn Bhd untuk menyediakan perkhidmatan log talian wayar elektrik (EWL) tanpa bantuan pelantar (NRA).
Uzma berkata kontrak itu yang diperoleh menerusi surat lantikan (LOA) bagi kerja-kerja di perairan Malaysia Timur untuk tempoh tiga tahun, bermula 26 Mac 2025 hingga 25 Mac 2028.
“Kontrak tersebut merangkumi perkhidmatan perundingan teknikal, penyediaan unit talian elektrik, perkhidmatan log, perforasi, perkhidmatan pemasangan plug/packer serta pelbagai perkhidmatan lain untuk semua jenis telaga,” katanya dalam makluman kepada bursa.
Kontrak ini dijangka menyumbang kepada pendapatan syarikat serta aset bersih setiap saham bagi tahun kewangan yang berakhir pada 30 Jun 2025 dan seterusnya sehingga kontrak tamat.
— BERNAMA
Buat duit ketika musim QR!
Setiap Quarter Report (QR) ada ceritanya, jangan sampai rugi sebab syarikat umum QR..
❌ Ini bukan kelas preview,
Kita akan terus belajar:-
✅ Cara pilih dan tapis saham yang baik untuk buat ‘Watchlist’ dikala musim QR
✅ Belajar kenal pasti syarikat bermasalah yang patut dielakkan
✅ Serta case study untuk dijadikan panduan





