• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Monday, May 18, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Pharmaniaga Catat Untung Bersih RM29.58 Juta, Lebih Tinggi Pada Suku Pertama 2025

in Catalyst
A A
Juruaudit Nyata Keraguan Keupayaan Pharmaniaga Teruskan Kesinambungan Perniagaan 
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp


KUALA LUMPUR, 7 Mei (Bernama) – Pharmaniaga Bhd mencatatkan keuntungan bersih sebanyak RM29.58 juta pada suku pertama yang berakhir 31 Mac 2025, meningkat daripada RM25.65 juta dalam tempoh yang sama tahun lepas.

Perolehan dalam suku tersebut naik sebanyak 9.4 peratus kepada RM1.06 bilion daripada RM964.96 juta sebelumnya, menurut syarikat itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

Pertumbuhan perolehan tersebut dipacu terutamanya oleh permintaan yang lebih tinggi dalam segmen konsesi disebabkan peningkatan jumlah pesanan daripada hospital kerajaan serta penambahan produk baharu ke dalam Senarai Pembelian Produk Diluluskan (APPL).

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

Pengarah Urusannya Zulkifli Jafar berkata kumpulan terus menunjukkan prestasi yang konsisten dalam semua segmen perniagaan.

Dalam pada itu, katanya, kumpulan itu juga mencapai beberapa pencapaian penting dalam sektor biofarmaseutikalnya termasuk pelancaran vaksin selesema pertamanya dan kemasukan ke dalam pasaran insulin.

Kumpulan berkenaan mencapai kemajuan ketara dalam mengembangkan perniagaan kerajaan bukan konsesinya.

Ia juga memperoleh dua tender utama daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk pembekalan ubat suntikan khusus bernilai tinggi berjumlah RM97.5 juta bagi tempoh tiga tahun.

“Selain itu, Pharmaniaga memperoleh kontrak bernilai RM139.0 juta untuk membekalkan penyelesaian dialisis untuk Pertubuhan Keselamatan Sosial sehingga 2029 sekali gus mencerminkan keyakinan pasaran yang berterusan terhadap keupayaan kumpulan ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kata Zulkifli, momentum biofarmaseutikal kumpulan juga semakin mendapat perhatian dengan pemberian kontrak pembekalan insulin manusia bernilai RM3.0 juta daripada hospital pengajar di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi.

Di Indonesia, katanya, kumpulan memulakan aktiviti pembuatan kontrak dengan beberapa syarikat terkemuka di bawah Organisasi Pembangunan dan Pembuatan Kontrak (CDMO).

“Untuk mengembangkan perniagaan pembuatan, kami mengamalkan pendekatan dua negara iaitu meniru inisiatif yang berjaya di Malaysia ke Indonesia.

“Dengan berkongsi kepakaran dan amalan terbaik di kedua-dua pasaran, bahagian Indonesia kami mendapat manfaat daripada penyelidikan dan pembangunan Malaysia melalui pemindahan teknologi serta membekalkan produk farmaseutikal terkini ke pasaran,” kata Zulkifli.

Pharmaniaga sedang meneruskan pelaksanaan Pelan Pemulihan untuk keluar daripada status Nota Amalan 17 (PN17) selepas mendapat resolusi pemegang saham pada mesyuarat agung luar biasa (EGM) yang diadakan pada 20 Mac 2025.

Dengan inisiatif strategik yang sedang dilaksanakan, Pharmaniaga berkata ia kekal memberi tumpuan untuk mencapai sasaran pertumbuhannya bagi 2025 selain mengukuhkan kedudukan pasaran dalam segmen perniagaan terasnya.

— BERNAMA

Buat duit ketika musim QR!

Setiap Quarter Report (QR) ada ceritanya, jangan sampai rugi sebab syarikat umum QR..  

❌ Ini bukan kelas preview,

Kita akan terus belajar:-

✅ Cara pilih dan tapis saham yang baik untuk buat ‘Watchlist’ dikala musim QR
✅ Belajar kenal pasti syarikat bermasalah yang patut dielakkan
✅ Serta case study untuk dijadikan panduan

SAYA NAK DAFTAR
Tags: IndonesiaKeputusanPharmaniaga
Share229ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

10 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

10 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

10 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

10 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In