Seperti yang diumumkan di dalam media massa baru-baru ini, IPO sebuah syarikat berkaitan dengan tenaga solar bakal diterbitkan di papan ACE Market Bursa Malaysia tidak lama lagi. Syarikat ini adalah Samaiden Group Berhad (SAGB). Berikut adalah beberapa fakta menarik tentang SAGB ini.
1. Maklumat Berkaitan IPO

IPO SAGB yang diditerbitkan kepada awam adalah sebanyak 61,155,000 unit pada harga 48sen seunit. Berdasarkan modal saham terbitannya yang meningkat sebanyak 210 juta saham dan harga IPO, modal pasaran SAGB dijangka bakal meningkat sebanyak RM100.8 juta.
Selepas pelancaran prospektus untuk syarikat Samaiden ini, permohonan IPO kepada awam dibuka bermula 28 September 2020 dan akan ditutup pada 5 Oktober 2020. Undian untuk pemilikan IPO ini akan dilakukan pada 7 Oktober 2020 dan SAGB dijadual untuk disenaraikan di dalam ACE Market pada 15 Oktober 2020.

Saham SAGB yang didagangkan kepada awam adalah sebanyak 61,155,000 unit atau sebanyak 29.12% daripada keseluruhan pegangan saham syarikat. Sebanyak 5% daripada pegangan awam ini akan diagihkan kepada rakyat Malaysia, 3% akan diberikan kepada pekerja dan pengurusan dalaman syarikat, 11.12% lagi akan dijual kepada pelabur tertentu melalui private placement dan manakala baki 10% yang lain dijual khas kepada pelabur Bumiputera yang memohon melalui MITI.
2. Status Syariah

SAGB mendapat status patuh syariah daripada Majlis Penasihat Syariah. Maka tiada masalah bagi pelabur yang beragama Islam untuk membeli IPO syarikat ini.
3. Penubuhan Syarikat

Syarikat baru berusia tak sampai setahun.
4. Aktiviti Perniagaan Syarikat

SAGB terlibat dalam bidang kejuruteraan, pemerolehan, pembinaan dan pentauliahan (EPCC) sistem fotovoltaik solar (PV) dan loji janakuasa. Perniagaannya yang lain termasuklah dalam penyediaan tenaga boleh diperbaharui (RE) dan perkhidmatan perundingan alam sekitar, serta perkhidmatan operasi dan penyelenggaraan.
Mengulas mengenai prospek industri RE dan sektor PV solar di Malaysia, Pengarah Urusan SAGB, Ir Chow Pui Hee menyatakan bahawa prospek syarikatnya adalah sangat cerah. Selari dengan kehendak Kerajaan Malaysia yang menyasarkan untuk mencapai campuran kapasiti tenaga boleh diperbarui sebanyak 20% pada tahun 2025. Pada tahun 2019, syarikat ini telah mencapai kapasiti tenaga boleh diperbarui sekitar 8% dan ini telah membuka ruang untuk industri syarikat terus berkembang di masa hadapan.
5. Struktur Syarikat


6. Jualan Tahunan Syarikat Berdasarkan Segmen Aktiviti Syarikat

Berdasarkan maklumat diatas, secara puratanya 92.72% majoriti pendapatan syarikat bagi tempoh 4 tahun terkini datangnya daripada segmen (EPCC) sistem fotovoltaik solar (PV) dan loji janakuasa. Namun begitu, pendapatan sebanyak ini hasil daripada pelanggan utama syarikat mereka iaitu PLB Green Solar Sdn Bhd. Contohnya, 93.98% dan 98.74% daripada keseluruhan pendapatan syarikat pada tahun 2018 dan tahun 2019 adalah daripada PLB Green Solar Sdn Bhd. Ini bakal memberi risiko kerugian yang besar bagi SAGB jika pelanggan utama syarikat seperti ini tidak dapat meneruskan projek dengan mereka pada masa akan datang.
7. Strategi Syarikat Untuk Masa Hadapan

Antara projek syarikat untuk mengembangkan perniagaan mereka adalah dengan projek perluasan produk perkhidmatan di Sabah atas sebab permintaan elektrik yang tinggi, ditambah pula dengan bekalan sumber cahaya matahari yang baik di sana. Perluasan perniagaan mereka ke Vietnam ini didorong oleh pertumbuhan industri tenaga solar yang lebih pantas di sana berbanding dengan Malaysia.
8. Kegunaan Dari Penerimaan IPO

Hasil daripada pembiayaan IPO tersebut, SAGB akan membelanjakan RM7 juta untuk pembelian pejabat korporat yang baru dan RM1.17 juta pula akan diperuntukkan untuk perbelanjaan modal untuk membeli peralatan dan perisian IT dan perkakasan.
Menurut Pengarah Urusan SAGB, Ir Chow Pui Hee, Samaiden merancang untuk mendirikan pejabat sokongan penjualan dan teknikal di Pulau Pinang, Sabah dan Provinsi Bac Lieu di Vietnam untuk kemudahan perkhidmatan disampaikan kepada pelanggan baru dan yang sedia ada.
Peruntukan bagi aktiviti pemasaran adalah untuk membiayai kos pameran, persidangan, roadshow dan aktiviti pengiklanan syarikat.
9. Maklumat Kewangan

Pertumbuhan pendapatan syarikat sangat memberangsangkan dengan kadar pertumbuhan kompaun tahunan selama tiga tahun sehingga tahun kewangan 2020 adalah sebayak 126.79%. Pertumbuhan ini didorong oleh pendapatan syarikat yang lebih tinggi yang dihasilkan dari perkhidmatan EPCC syarikat untuk loji kuasa PV solar.
10. Pesaing Syarikat

Bagi SAGB, pesaing terdekat mereka di Bursa Malaysia adalah syarikat seperti Solarvest Holdings Berhad. Syarikat Solarvest ini mempunyai tiga buah anak syarikat (Atlantic Blue Sdn Bhd, Solarvest Energy Sdn Bhd dan Powertrack Sdn Bhd) yang memfokuskan aktiviti perniagaan yang sama seperti SAGB.
11. Saiz Dan Bahagian Pasaran

Kelihatan seperti Samaiden mempunyai ruang yang besar untuk meluaskan lagi pasaran mereka di dalam pasaran. Mungkin dengan adanya IPO ini, mereka bakal menjadi pemain besar pula dalam industri tanahair dan antaratabangsa.
Tengok chart dah reti, tekan ‘buy’ dan ‘sell’ pun tahu tapi…saham yang kita pilih itu bagus atau tidak?
Kalau nak jadi pelabur dan pedagang yang bijak memilih saham berkualiti tinggi, mestilah kena pandai kuasai teknik Analisis Fundamental dan Analisis Teknikal.
Pernah dengar formula CANSLIM? Ala…formula popular yang pelabur serata dunia gunapakai. Formula best ini dicipta oleh pelabur tersohor dunia iaitu William J. O’Neil.
Dengan menggunakan CANSLIM, secara tidak langsung kita telah pun membuat 2 jenis analisis tadi. Pelabur boleh menilai sendiri sama ada saham syarikat itu sesuai untuk dibeli atau boleh diabaikan.
Miliki e-book CANSLIM -> TheKapital.my/Ebook-CANSLIM




![Sektor Kajian: Barangan Pengguna [21 Julai 2025]](https://thekapital.my/wp-content/uploads/2025/07/speed-mart-GettyImages-2170285824-e1750396697447-360x180.webp)