• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Friday, October 31, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Asas Saham

West River Lancar IPO, Sasar Raih RM27.9 Juta

in Asas Saham, Saham
A A
West River Lancar IPO, Sasar Raih RM27.9 Juta
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp


KUALA LUMPUR, 10 April (Bernama) – Syarikat penyedia perkhidmatan kejuruteraan mekanikal dan elektrik (M&E), West River Bhd, telah melancarkan prospektusnya bersempena dengan tawaran awam permulaan (IPO) di Pasaran ACE Bursa Malaysia Securities Bhd yang dijadualkan pada 5 Mei, 2025.

Pengarah Urusan Kumpulan Lim Yong Lai berkata penyenaraian West River akan melibatkan terbitan awam sebanyak 71.54 juta saham-saham baharu (saham terbitan) yang mewakili 20 peratus daripada modal saham diperbesarkan sebanyak 357.70 juta saham, bersama dengan tawaran untuk jualan sebanyak 35.77 juta saham sedia ada (saham tawaran) yang mewakili 10 peratus daripada modal saham diperbesarkan.

“Tiga tahun selepas tawaran awam permulaan (IPO) dan penyenaraian, kami merancang untuk membina kilang dan memperkukuhkan pengurusan kami.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

“Selepas itu mungkin kami akan pergi ke luar negara (mengembangkan perniagaan), tetapi bukan dalam tempoh tiga tahun ini,” katanya pada sidang media sempena pelancaran prospektus syarikat itu di sini hari ini.

Sementara itu, dalam satu kenyataan, West River berkata dengan harga 39 sen sesaham, IPO West River menilaikan permodalan pasaran syarikat sebanyak RM139.50 juta, dengan nisbah harga kepada pendapatan kira-kira 12.19 kali.

Ia berdasarkan pendapatan sesahamnya sebanyak 3.20 sen, selepas dikira berdasarkan keuntungan selepas cukai bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember, 2024.

Syarikat itu melaporkan hasil sebanyak RM122.74 juta dan keuntungan selepas cukai RM11.46 juta pada tahun berkenaan.

“Daripada dana sebanyak RM27.90 juta yang diperoleh melalui IPO, sebanyak RM10 juta (35.84 peratus) akan diperuntukkan untuk pengambilalihan tanah dan pembinaan kilang pembuatan merangkap gudang baharu di kawasan Lembah Klang,” katanya.

Syarikat itu berkata kemudahan yang dirancang itu akan meningkatkan kapasiti pembuatan kumpulan untuk panel elektrik dan unit pengagihan bekalan elektrik serta menyediakan ruang penyimpanan yang luas untuk inventori berkaitan projek M&E seperti kabel, wayar dan alat ganti.

West River juga bercadang untuk meningkatkan kapasiti pengeluaran tahunannya sebanyak tiga kali ganda dan meningkatkan kecekapan perolehan dengan pembelian secara pukal dan penyumberan terus daripada pengeluar.

Sementara itu, sebanyak RM5.60 juta (20.07 peratus) diperuntukkan untuk pembayaran balik pinjaman, bertujuan memperkukuh struktur modal kumpulan dan menambah baik penggearan.

Syarikat itu juga akan menggunakan RM7.80 juta (27.96 peratus) untuk tujuan modal kerja am.

Baki sebanyak RM4.50 juta (16.13 peratus) akan digunakan untuk menampung perbelanjaan berkaitan penyenaraian.

Ia berkata inisiatif strategik itu mencerminkan komitmen West River untuk mengembangkan operasi dan merebut peluang pasaran baharu dalam sektor perkhidmatan kejuruteraan M&E di Malaysia yang berkembang pesat.

Menurut kumpulan itu, West River Bhd kini menerima permohonan daripada pelabur untuk IPO mereka di Pasaran ACE Bursa Malaysia Securities Bhd.

Tempoh memohon untuk IPO West River bermula hari ini dan akan ditutup pada 5 petang, 17 April, 2025.

— BERNAMA

Tags: hasilIPOM&EProspektusWest River Berhad
Share212ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

3 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

3 months ago
Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif
Saham

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

3 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

3 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In