• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Monday, May 25, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Hibiscus Petroleum Raih Pendapatan RM2.7 Bilion Tahun Lepas, Fokus Pertumbuhan Masa Depan

in Catalyst
A A
Keuntungan Suku Pertama Hibiscus Petroleum Meningkat Lebih Daripada Tiga Kali
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KOTA BHARU, 10 April (Bernama) — Hibiscus Petroleum Bhd mencatatkan pendapatan sebanyak RM2.7 bilion tahun lepas dengan pendapatan sebelum faedah, cukai, susut nilai dan pelunasan (EBITDA) melebihi RM1 bilion bagi tahun ketiga berturut-turut.

Pengerusi Hibiscus Petroleum Zainul Rahim Mohd Zain berkata syarikat turut mencatat purata pengeluaran harian bersih melebihi 20,912 tong setara minyak sehari (boe) pada tahun berkenaan.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

Menurutnya selain pencapaian itu, Hibiscus berjaya memperoleh beberapa aset penting termasuk daripada TotalEnergies Brunei yang meningkatkan kapasiti pengeluaran gas.

“Kami turut memperoleh kontrak perkongsian pengeluaran (PSC) pertama secara langsung daripada Petronas bagi Kluster PKNB yang membuka peluang besar untuk pertumbuhan masa hadapan.

“Selain itu, kami telah memeterai perjanjian sambungan PSC PM3 CAA (kawasan perjanjian komersial) untuk tempoh 20 tahun lagi,” katanya kepada pemberita pada Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Hibiscus Petroleum di sini hari ini.

Beliau berkata sambungan kontrak ini membolehkan pengekalan pengeluaran daripada medan sedia ada, pembangunan medan baharu yang telah ditemui serta aktiviti penerokaan lanjut di kawasan komersial Malaysia-Vietnam.

Menurutnya syarikat turut menerima dua Anugerah Emas daripada Hiliran Malaysia tahun lepas atas kecemerlangan dalam pelaksanaan projek dan pembangunan telaga.

“Pengiktirafan ini mencerminkan dedikasi dan komitmen seluruh warga kerja. Kejayaan ini tidak akan tercapai tanpa usaha keras daripada semua pihak,” katanya.

Zainul Rahim berkata lebih 40,000 individu mendapat manfaat daripada pelbagai inisiatif yang dilaksanakan syarikat itu sepanjang tahun lepas termasuk dalam bidang kesihatan, pendidikan dan pemuliharaan alam sekitar.

“Di Kelantan, kami bekerjasama dengan Universiti Malaysia Kelantan bagi menaja 22 usahawan keropok di Tok Bali. Mereka mengikuti pelbagai kursus serta menerima bantuan peralatan seperti mesin pembulat keropok, mesin pemotong dan pengedap bagi memperkasa perniagaan masing-masing,” katanya.

Menurutnya menerusi program Wakalah, Hibiscus Petroleum turut memberi impak positif kepada lebih 8,000 penerima manfaat dengan pelbagai bantuan untuk meningkatkan taraf hidup mereka.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata aspek keselamatan kekal menjadi keutamaan syarikat dalam setiap operasi yang dijalankan sama ada melibatkan pekerja mahupun kontraktor.

“Semua pekerja dan kontraktor perlu sentiasa mengutamakan keselamatan diri serta orang lain sama ada di tempat kerja mahupun di rumah. Jika budaya keselamatan ini tidak diamalkan, kejayaan sukar dicapai,” katanya.

— BERNAMA

Tags: Hibiscuspendapatanpenerokaanpetroleum
Share215ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

10 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

10 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

10 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

10 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In