• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Friday, April 24, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

AS Tangguh Tarif, Bursa Malaysia Melonjak Pada Sesi Awal

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Rendah Pada Sesi Permulaan Urus Niaga Pagi Ini
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 10 April (Bernama) — Bursa Malaysia memulakan dagangan Khamis dengan meningkat mendadak, menjejaki prestasi semalaman pasaran Wall Street selepas Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mengumumkan penangguhan sementara tarif, kata penganalisis.

Pada 9.10 pagi, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) mencatat kenaikan sebanyak 53.29 mata atau 3.81 peratus kepada 1,453.88 daripada 1,400.59 pada penutup semalam.

Indeks penanda aras itu dibuka melonjak 63.71 mata kepada 1,464.30.

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

Di pasaran meluas, kaunter untung mengatasi rugi iaitu 743 berbanding 54, sebanyak 180 kaunter tidak berubah, 1,389 tidak didagangkan dan 10 digantung dagangannya.

Dalam dagangan semalaman, pasaran AS seperti Dow Jones meraih 7.87 peratus kepada 40,608.45, S&P 500 naik 9.52 peratus kepada 5,456.90 manakala Nasdaq Composite menoko k 12.16 peratus kepada 17,124.97.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata ekuiti AS mencatat kenaikan terbesar selepas Trump bertindak mengumumkan penangguhan sementara tarif selama 90 hari dan menurunkan tarif timbal balas kepada asas 10 peratus, kecuali bagi China yang menyaksikan kadar itu dinaikkan kepada 125 peratus.

Bagaimanapun, beliau berkata sentimen pasaran kekal berhati-hati terhadap pendirian China dalam perang perdagangannya dengan AS yang berlanjutan.

Di peringkat tempatan, Thong menjangkakan berlakunya pemulihan serta-merta dalam pasaran hari ini apabila pelabur menghadam petunjuk daripada prestasi semalaman Wall Street.

“Namun, kami menjangkakan pelabur terus berwaspada kerana keadaan tarif yang masih belum muktamad di tengah-tengah kecelaruan dasar Trump,” katanya.

Sehubungan itu, beliau berkata indeks penanda aras itu dijangka berlegar dalam julat 1,400-1,450 hari ini.

Dalam kalangan wajaran tinggi, Maybank untung 41 sen kepada RM9.91, Public Bank meningkat 14 sen kepada RM4.23, TNB menokok 38 sen kepada RM13.20, CIMB menambah 37 sen kepada RM6.72 dan IHH Healthcare meraih 10 sen kepada RM6.81.

Bagi saham aktif, Sapura Energy meningkat setengah sen kepada empat sen, SumiSaujana naik setengah sen kepada 18.5 sen, MYEG menokok 5.5 sen kepada 81 sen, Velocity Capital meningkat dua sen kepada sembilan sen dan Nationgate meraih 18 sen kepada RM1.20.

Di papan indeks menyaksikan Indeks FBM Emas meningkat 441.80 mata kepada 10,785, Indeks FBMT 100 menokok 424.84 mata kepada 10,573.68 dan Indeks FBM Emas Shariah melonjak 432.66 mata kepada 10,573.68.

Indeks FBM 70 naik ketara sebanyak 757.21 mata kepada 15,139.58 manakala Indeks FBM ACE meningkat 183.61 mata kepada 4,329.87.

Prestasi sektor menyaksikan Indeks Perkhidmatan Kewangan melonjak 705.07 mata kepada 17,609.89, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian menambah 6.65 mata kepada 138.69, Indeks Tenaga menokok 37.97 mata kepada 650.56 dan Indeks Perladangan meraih 243.87 mata kepada 7,082.96.

— BERNAMA

Tags: ASBursa Malaysiasesi awaltarif
Share207ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In