• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, September 20, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Saham-Saham Yang Anda Perlu Perhatikan Sepanjang Ramadhan

in Catalyst, Trading Idea
A A
Saham-Saham Yang Anda Perlu Perhatikan Sepanjang Ramadhan
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Bulan Ramadhan bukan sahaja bulan ibadah, tetapi juga waktu yang penuh dengan aktiviti ekonomi, terutama dalam sektor makanan dan peruncitan. Permintaan terhadap bahan makanan tertentu meningkat, dan ini memberi peluang kepada pelabur untuk meneliti saham-saham yang boleh mendapat manfaat sepanjang bulan ini.

Berikut adalah tiga saham patuh syariah di Bursa Malaysia yang wajar diperhatikan sepanjang Ramadhan:

Ramadhan:

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

1. SDS Group Berhad (SDS) – Permintaan Tinggi untuk Roti, Kek & Kuih-Muih

SDS terkenal dengan pengeluaran roti, kek, dan pastri yang menjadi pilihan ramai untuk berbuka puasa dan bersahur. Kedai mereka serta produk yang dijual di pasar raya sering menjadi pilihan utama sepanjang bulan ini. Selain itu, ramai peniaga kecil yang mendapatkan bahan seperti roti dan pastri dari SDS untuk dijadikan kuih-muih yang dijual di bazar Ramadhan. Dengan peningkatan jualan ini, saham SDS boleh menjadi tumpuan sepanjang bulan Ramadhan.

Melihat kepada carta saham SDS, harga terkini berada pada RM1.08 selepas mengalami penurunan dari paras tertinggi sekitar RM1.30. Penurunan ini menunjukkan fasa pembetulan selepas kenaikan yang kukuh sepanjang tahun lalu. Walau bagaimanapun, saham ini masih berada dalam trend jangka panjang yang sihat, dengan paras sokongan berpotensi di sekitar RM1.00 hingga RM1.05. Jika harga stabil di zon ini dan minat belian kembali meningkat, SDS boleh menjadi peluang menarik menjelang permintaan tinggi sepanjang Ramadhan. Seperti biasa, pelabur perlu mempertimbangkan tahap risiko dan membuat analisis tambahan sebelum mengambil keputusan pelaburan.

2. Farm Fresh Berhad (FFB) – Susu Segar & Yogurt Laris untuk Sahur & Minuman Bazar

Farm Fresh adalah salah satu jenama susu segar paling popular di Malaysia. Sepanjang bulan Ramadhan, susu sering menjadi pilihan utama untuk bersahur, kerana ia memberi tenaga dan membuatkan seseorang rasa kenyang lebih lama. Selain itu, produk yogurt dan susu berperisa seperti susu pisang dan susu coklat mendapat permintaan tinggi, terutama dalam penyediaan minuman seperti mango lassi dan smoothies yang dijual di bazar Ramadhan. Dengan peningkatan kesedaran masyarakat tentang pemakanan sihat, Farm Fresh dijangka menikmati peningkatan jualan sepanjang bulan ini, sekali gus memberi impak positif kepada sahamnya.

Saham Farm Fresh Berhad (FFB) berada dalam fasa penurunan selepas mencatatkan paras tertinggi sekitar RM1.91 pada Disember 2024. Ketika artikel ini ditulis, harga saham berada di RM1.70, menunjukkan tekanan jualan yang berterusan. Namun, dengan permintaan tinggi terhadap produk tenusu sepanjang bulan Ramadhan, adakah ini peluang untuk pelabur atau masih terdapat risiko kejatuhan lebih lanjut?

3. QL Resources Berhad (QL) – Family Mart Jadi Port Moreh

QL adalah pemain utama dalam industri makanan, termasuk pengeluaran telur ayam dan pengendali kedai serbaneka Family Mart di Malaysia. Sepanjang Ramadhan, Family Mart menjadi lokasi pilihan ramai selepas solat Tarawih untuk moreh, dengan jualan produk seperti oden, ais krim, dan makanan ringan meningkat. Selain itu, telur adalah bahan asas dalam banyak jenis kuih seperti kuih ketayap, kek batik, dan bingka yang sering disediakan sepanjang bulan ini. Dengan peningkatan permintaan dalam kedua-dua segmen ini, saham QL boleh mendapat perhatian pelabur.

Saham QL Resources Berhad (QL) menunjukkan prestasi yang menarik sepanjang tahun lalu, dengan trend menaik yang kukuh sebelum mengalami pembetulan pada awal tahun 2025. Pada ketika ini, harga saham berada di sekitar RM4.70, menunjukkan tanda-tanda pemulihan selepas penurunan yang berlaku sejak awal tahun. Dengan permintaan tinggi terhadap produk makanan sepanjang bulan Ramadhan, adakah QL mampu kembali ke paras tertinggi sebelumnya atau masih terdapat halangan teknikal yang perlu diperhatikan?

Kesimpulan

Memahami trend bermusim seperti peningkatan permintaan makanan sepanjang Ramadhan boleh membantu pelabur mengenal pasti peluang dalam pasaran saham. SDS, MSM, dan QL adalah antara saham yang berpotensi mendapat manfaat daripada perubahan pola perbelanjaan sepanjang bulan ini. Namun, seperti biasa, lakukan analisis tambahan sebelum membuat keputusan pelaburan.

Adakah anda sudah bersedia untuk merebut peluang pelaburan sepanjang Ramadhan ini?

Ramai sangat give up dalam saham. Kawan-kawan kami pun ramai dah give up.

Tapi kenapa give up?

Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.

Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.

Hidup ni tak perlu complicated sangat.

Dan tak perlu pun tengok saham ni hari-hari.
Cukup sebulan sekali.

Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:

  • Kita tak perlu melekat di screen
  • Kita boleh bekerja seperti biasa
  • Kurang risiko untuk rugi
  • Set siap-siap bila nak jual saham tu
  • Kurang stress


Insya-Allah berbaloi… Pra-Daftar dahulu & jadi yang terawal untuk tahu sesi seterusnya!

Siap dapat diskaun Early Bird!

SAYA NAK PRA-DAFTAR!

Tags: Bursa MalaysiaFamilyMartfarm freshsahamSektor Makanan
Share198ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

2 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

2 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

2 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

2 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In