• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, April 25, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Rendah Dalam Dagangan Awal

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp


KUALA LUMPUR, 27 Mac (Bernama) — Bursa Malaysia rendah dalam dagangan awal hari ini, mengambil petunjuk daripada penurunan semalaman Wall Street, kata penganalisis.

Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 3.47 mata kepada 1,514.58 daripada 1,518.05 pada Rabu.

Indeks petunjuk pasaran dibuka rendah 4.97 mata kepada 1,513.08.  

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

Dalam pasaran secara menyeluruh, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 206 berbanding 101, dengan 235 kaunter tidak berubah, 1,927 tidak diniagakan dan 160 digantung.  

Jumlah dagangan sebanyak 117.20 juta saham bernilai RM70.70 juta.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata Wall Street ditutup rendah semalaman berikutan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump bersedia untuk mengumumkan tarif baharu ke atas import automotif ke AS, meningkatkan ketegangan perdagangan global yang dicetuskannya pada awal tahun ini.

“Ketiga-tiga indeks utama ditutup dalam julat negatif, dengan Dow Jones Industrial Average dan Nasdaq, masing-masing merosot 0.31 peratus dan 2.04 peratus manakala S&P 500 susut 1.12 peratus,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata sebaliknya, kebanyakan pasaran utama Asia ditutup tinggi, disokong oleh kenaikan dalam saham minyak dan gas, teknologi serta kenderaan elektrik (EV).

Dalam negara, Thong berkata FBM KLCI meneruskan momentum kenaikannya, didorong oleh aktiviti belian saham pada harga rendah dalam saham wajaran tinggi terpilih berikutan penilaian yang menarik.

“Kami menjangka FBM KLCI diniagakan dalam julat 1,510 hingga 1,530 hari ini,” katanya.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank menambah 4.0 sen kepada RM10.22, Tenaga Nasional naik 6.0 sen kepada RM13.38, IHH Healthcare meningkat 9.0 sen kepada RM6.90 dan CIMB Group menokok 1.0 sen kepada RM7.05.

Sementara itu, Public Bank berkurangan 1.0 sen kepada RM4.46.

Dalam kalangan saham aktif, MBSB merosot 1.5 sen kepada 70.5 sen dan Nationgate Holdings susut 3.0 sen kepada RM1.31 manakala NEXG, Reach Energy dan Ingenieur Gudang, masing-masing mendatar pada 25.5 sen, 1.5 sen dan 3.0 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas merosot 28.43 mata kepada 11,348.89, Indeks FBMT 100 berkurangan 26.49 mata kepada 11,107.95, Indeks FBM Emas Shariah jatuh 44.30 mata kepada 11,079.5, Indeks FBM 70 susut 43.04 mata kepada 16,275.43 dan Indeks FBM ACE merosot 3.33 mata kepada 4,728.50.

Mengikut sektor, Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan berkurangan 0.50 mata kepada 152.56, Indeks Tenaga susut 2.22 mata kepada 750.52 dan Indeks Perladangan merosot 3.74 mata kepada 7,450.51.

Sementara itu, Indeks Perkhidmatan Kewangan naik 6.71 mata kepada 18,488.69.

— BERNAMA

Tags: bukaBursa MalaysiaRakuten TradeWall Street
Share213ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In