• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Friday, October 31, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Asas Saham

Cuckoo Malaysia Sasar Kumpul RM184.8 Juta Melalui IPO

in Asas Saham
A A
Cuckoo Malaysia Sasar Kumpul RM184.8 Juta Melalui IPO
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 26 Mac (Bernama) — Cuckoo International (Mal) Bhd, subsidiari kepada pengeluar peralatan rumah dari Korea Selatan, Cuckoo Homesys Co Ltd menyasarkan untuk mengumpul RM184.8 juta melalui tawaran awam permulaannya (IPO).

IPO syarikat itu melibatkan penerbitan 143.28 juta saham baharu dengan harga terbitan RM1.29 sesaham.

Berkaitan

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

IPO Oxford Innotech Terlebih Langgan 3.42 Kali Menjelang Penyenaraian Di Pasaran ACE

PMCK Berhad Disenaraikan Pada Harga 22.5 Sen Hari Ini, Naik Setengah Sen Daripada Tawaran IPO

Daripada jumlah hasil, 56.7 peratus akan disalurkan ke arah pembelian produk bagi mengembangkan perniagaan sewa syarikat, 21.6 peratus untuk pembayaran balik hutang, 2.7 peratus untuk membuka kedai runcit atau “Brandshops”, tiga peratus untuk meningkatkan IT, 5.4 peratus untuk pengembangan perniagaan di  Singapura dan bakinya sebagai perbelanjaan penyenaraian.

Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Cuckoo Malaysia Hoe Kian Choon berkata syarikat itu mahu memantapkan kedudukan pasarannya dengan meningkatkan pelbagai produk dan perkhidmatan penjagaan rumah untuk memacu pertumbuhan termasuk mencapai segmen pelanggan baharu. 

“Selain daripada memperluaskan pasaran, kami percaya ini dapat meningkatkan peluang jualan silang untuk pasukan jualan dan perkhidmatan kami.

“Selain itu, kami merancang untuk meningkatkan penglibatan pelanggan di seluruh saluran luar talian serta dalam talian sambil memperluaskan pasukan jualan dan perkhidmatan kami,” katanya semasa pelancaran prospektus IPO syarikat itu hari ini.

Syarikat sedang memberi tumpuan kepada memperluaskan kehadirannya di Malaysia dan Singapura dalam tempoh tiga tahun akan datang. 

“Pada 2025, kami merancang untuk membuka tiga ‘Brandshops’ di Malaysia, dengan tujuh lagi dijadualkan semasa 2026,” katanya. 

 Cuckoo Malaysia kini merupakan pemain kedua terbesar dalam segmen penyewaan perkakas rumah, dengan bahagian pasaran 23.1 peratus pada Disember 2024. 

 Permohonan untuk terbitan awam dibuka hari ini. Ia akan ditutup menjelang 5 petang 10 April 2025, dengan penyenaraian yang dijadualkan pada 30 April 2025. 

RHB Investment Bank Bhd merupakan penasihat utama tunggal, penyelaras global bersama, penyelaras bersama, pengunderaitan dan penaja jamin bersama untuk IPO, manakala Aminvestment Bank Bhd berfungsi sebagai penyelaras global bersama, penyelaras dan penaja jamin bersama. 

— BERNAMA

Ramai sangat give up dalam saham. Kawan-kawan kami pun ramai dah give up.

Tapi kenapa give up?

Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.

Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.

Hidup ni tak perlu complicated sangat.

Dan tak perlu pun tengok saham ni hari-hari.
Cukup sebulan sekali.

Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:

  • Kita tak perlu melekat di screen
  • Kita boleh bekerja seperti biasa
  • Kurang risiko untuk rugi
  • Set siap-siap bila nak jual saham tu
  • Kurang stress


Insya-Allah berbaloi… Pra-Daftar dahulu & jadi yang terawal untuk tahu sesi seterusnya!

Siap dapat diskaun Early Bird!

SAYA NAK PRA-DAFTAR!

Tags: CuckooIPOProspektus
Share218ShareSend

Related Posts

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

3 months ago
IPO Oxford Innotech Terlebih Langgan 3.42 Kali Menjelang Penyenaraian Di Pasaran ACE
Asas Saham

IPO Oxford Innotech Terlebih Langgan 3.42 Kali Menjelang Penyenaraian Di Pasaran ACE

3 months ago
PMCK Berhad Disenaraikan Pada Harga 22.5 Sen Hari Ini, Naik Setengah Sen Daripada Tawaran IPO
Asas Saham

PMCK Berhad Disenaraikan Pada Harga 22.5 Sen Hari Ini, Naik Setengah Sen Daripada Tawaran IPO

4 months ago
Saham Kajian: NexG Raih Lanjutan Kontrak Dari KDN [8 Julai 2025]
Asas Saham

Saham Kajian: NexG Raih Lanjutan Kontrak Dari KDN [8 Julai 2025]

4 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In