• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Wednesday, October 8, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Asas Saham

Wawasan Dengkil Mula Disenaraikan Di Pasaran ACE, Sasar Lebih Banyak Projek Ladang Solar

in Asas Saham, Catalyst
A A
Wawasan Dengkil Mula Disenaraikan Di Pasaran ACE, Sasar Lebih Banyak Projek Ladang Solar
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp


KUALA LUMPUR, 25 Mac (Bernama) — Penyedia perkhidmatan pembinaan, Wawasan Dengkil Holdings Bhd, yang mula disenaraikan di Pasaran ACE, Bursa Malaysia hari ini merancang untuk mengembangkan perniagaan dengan mendapatkan lebih banyak projek infrastruktur ladang solar.

Pengarah Eksekutif Lim Soon Yik berkata pihaknya menyasarkan kerja-kerja infrastruktur ladang solar tahun ini, terutama susulan pengumuman program Solar Skala Besar 5 (LSS5) pada Disember.

Beliau berkata inisiatif itu adalah sebahagian daripada pelan pengembangan syarikat, menumpukan terutama kepada infrastruktur ladang solar serta perkhidmatan kerja-kerja tanah dan kejuruteraan awam.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

“Kami telah membuat 44 bidaan tender dengan nilai berjumlah RM1.3 bilion dan jangkaan kadar kemenangan sebanyak 10 peratus,” katanya pada sidang media selepas majlis penyenaraian Wawasan Dengkil di Bursa Malaysia di sini, hari ini.

Beliau berkata daripada 44 bidaan itu, enam bidaan bernilai RM572.2 juta dilaksanakan oleh segmen kerja-kerja infrastruktur ladang solar pihaknya manakala baki 38 bidaan bernilai RM724.8 juta pula oleh segmen perkhidmatan kerja-kerja tanah dan kejuruteraan awam.

Selaras dengan rancangan pengembangan itu, pihaknya menyasar untuk membeli jentera tambahan dan kenderaan komersial bertujuan meningkatkan kecekapan pelaksanaan projek dan memacu pertumbuhan perniagaan, katanya.

“Ketika kami terus mengembangkan dan menguasai lebih banyak bahagian pasaran, kami juga mencari bakat dan tenaga kerja tambahan kerana kami kini menghadapi kekurangan pekerja mahir,” katanya.

Lim berkata nilai perolehan kontrak belum dibil berjumlah RM378.14 juta dan nilai bidaan tender RM1.3 bilion setakat 28 Jan, 2025 membawa perancangan projek dan kebolehlihatan pendapatan yang positif.

Beliau berkata pihaknya menjangkakan nilai perolehan kontrak belum dibil akan menyumbang kepada pendapatan syarikat dalam tempoh dua tahun akan datang.

Pada penutupan dagangan, saham Wawasan Dengkil mencecah 23 sen dengan 38.96 juta saham bertukar tangan.

Saham itu dibuka tidak berubah pada 25 sen dengan 2.89 juta saham bertukar tangan.

— BERNAMA

Tags: kerja-kerja infrastrukturladang solarLim Soon YikLSS5Wawasan Dengkil Holdings
Share223ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

2 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

2 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

2 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

2 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In