• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Friday, October 31, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Asas Saham

IPO HI Mobility Yang Akan Disenarai Di Pasaran Utama Terlebih Langgan 6.57 Kali

in Asas Saham, Catalyst
A A
10 Perkara Kena Tahu Sebelum Memohon IPO HI Mobility Berhad
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp


KUALA LUMPUR, 21 Mac (Bernama) — Tawaran awam permulaan (IPO) syarikat bas HI Mobility Bhd terlebih langgan sebanyak 6.57 kali menjelang penyenaraiannya di Pasaran Utama Bursa Malaysia Securities Bhd.

Syarikat itu melaporkan ia menerima 4,010 pemohon untuk sejumlah 75.74 juta saham terbitan dengan nilai RM92.40 juta bagi 10 juta saham terbitan yang diperuntukkan kepada orang awam Malaysia.

“Bagi bahagian bumiputera, 1,519 permohonan untuk 20.14 juta saham terbitan diterima mewakili kadar lebihan langganan keseluruhan sebanyak 3.03 kali.  

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

“Bagi bahagian bukan bumiputera, 2,491 pemohon dikemukakan untuk 55.60 juta saham terbitan, menyebabkan kadar lebihan langganan sebanyak 10.12 kali,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut HI Mobility lima juta saham terbitan yang tersedia untuk permohonan oleh pengarah dan pekerja yang layak dilanggan sepenuhnya.

“Notis peruntukan akan dihantar kepada semua pemohon yang berjaya selewat-lewatnya pada 27 Mac 2025,” katanya.

Maybank Investment Bank Bhd merupakan penasihat utama, ejen penempatan tunggal dan penaja jamin tunggal untuk IPO.

Aktiviti utama HI Mobility iaitu pegangan pelaburan manakala anak syarikat milik penuhnya, Handal Indah terlibat khususnya dalam penyediaan perkhidmatan pengangkutan bas.

Syarikat itu beroperasi dalam sektor transit massa dan terlibat khususnya dalam menyediakan perkhidmatan bas rentas sempadan dan tempatan.

 — BERNAMA

Tags: Bursa MalaysiaHI MobilityIPOPasaran UtamaTerlebih Langgan
Share214ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

3 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

3 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

3 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

3 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In