• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, April 25, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Jejaki Prestasi Wall Street

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Kekal Tinggi Pada Tengah Hari
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 19 Mac (Bernama) — Bursa Malaysia dibuka rendah pada sesi awal Rabu, menjejaki prestasi semalaman Wall Street yang lemah dan sentimen pasaran berhati-hati menjelang keputusan mengenai kadar faedah Amerika Syarikat (AS) malam ini.

Pada jam 9.05 pagi Jumaat, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 15.60 mata kepada 1,512.21 daripada 1,527.81 pada penutupan Isnin.

Indeks utama itu dibuka rendah 14.52 mata kepada 1,513.29.

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

Dalam pasaran secara menyeluruh, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 241 berbanding 109 dengan 272 kaunter tidak berubah, 1,814 tidak diniagakan dan tujuh yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 133.02 juta saham bernilai RM129.23 juta.

Operasi Bursa Malaysia Bhd dan anak syarikatnya ditutup pada Selasa, 19 Mac, 2025 sempena cuti umum Nuzul al-Quran di Wilayah Persekutuan dan beberapa negeri di Malaysia.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata pengumpulan saham tempatan adalah lemah seperti yang ditunjukkan oleh kegagalan untuk menembusi paras rintangan 1,530 ketika ini.

“Kami menjangkakan indeks mungkin akan meningkat susulan prestasi serantau yang memberangsangkan semalam sekali gus mengunjurkan indeks itu berlegar dalam julat 1,525-1,535 hari ini,” katanya kepada Bernama.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank dan IHH Healthcare jatuh dua sen masing-masing kepada RM10.40 dan RM7.07, Public Bank susut enam sen kepada RM4.48, CIMB turun 24 sen kepada RM7.01 manakala Tenaga Nasional tidak berubah pada RM13.56.

Bagi saham aktif, Sapura Energy dan Elridge Energy tidak berubah masing-masing pada 4.5 sen dan 47 sen, Nationgate menguncup empat sen kepada RM1.31, SNS Network susut satu sen kepada 43 sen bagaimanapun Top Glove naik tiga sen kepada 89.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas susut 94.73 mata kepada 11,329.75, Indeks FBMT 100 merosot 99.08 mata kepada 11,088.72, Indeks FBM Emas Shariah berkurangan 68.61 mata kepada 11,015.39, Indeks FBM 70 turun 84.08 mata kepada 16,239.67 bagaimanapun Indeks FBM ACE meningkat 15.64 mata kepada 4,706.79.

Mengikut sektor, Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan merosot 0.99 mata kepada 154.07, Indeks Tenaga susut 2.83 mata kepada 732.53, Indeks Perkhidmatan Kewangan jatuh 205.62 mata kepada 18,590.52 manakala Indeks Perladangan merosot 18.68 mata kepada 7,397.57.

— BERNAMA

Tags: Bursa MalaysiaRakuten TradeThong Pak LengWall Street
Share205ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In