• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Hextar World Di Empire City Meterai Perjanjian Penyewaan, Bakal Buka Pada Suku Keempat

in Catalyst
A A
Hextar World Di Empire City Meterai Perjanjian Penyewaan, Bakal Buka Pada Suku Keempat
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp


KUALA LUMPUR, 15 Mac (Bernama) — Hextar World di Empire City bakal dilancarkan pada suku keempat 2025, dengan majlis menandatangani ruang penyewaan baru-baru ini menghimpunkan peruncit utama dan rakan perniagaan untuk meraikan perkembangan tersebut.

Projek itu diuruskan oleh Alliance Empire Sdn Bhd secara kerjasama dengan antara lainnya Alliance Premier Sdn Bhd, EXSIM Holdings Sdn Bhd, JT Momentum Sdn Bhd dan Hextar Healthcare Bhd. 

Antara penyewa utama yang diumumkan ialah Stadium Luncur Ais Kebangsaan Malaysia (MYNISS) oleh Koperasi Industri Sukan Atlet Malaysia Berhad (KOPISAMB), Luckin Coffee, NOMNOM Food Hall dan Senkyaku Banrai. 

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

“Rundingan juga sedang giat dijalankan dengan Metrojaya, gedung serbaneka terkenal, untuk menyertai pusat beli belah ini,” kata syarikat itu dalam satu kenyataan hari ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Hextar Datuk Eddie Ong berkata hab gaya hidup itu terletak di lokasi strategik dengan akses lancar ke lebuh raya utama.

“Menjelang pembukaan awal kami pada suku keempat 2025, kami teruja untuk memperkenalkan lebih banyak jenama dan pengalaman menarik yang akan menjadikan Hextar World sebagai destinasi ikonik bagi penduduk tempatan dan pelancong,” katanya.

Hextar World di Empire City, dengan keluasan bersih boleh disewa sebanyak 1.8 juta kaki persegi dibahagikan kepada enam zon unik.

Pembangunan ini menampilkan lebih 600 pilihan runcit, hiburan, dan makanan, termasuk pasar raya seluas 28,000 kaki persegi untuk keperluan harian serta ruang hiburan lebih daripada 450,000 kaki persegi yang dipenuhi dengan pelbagai tarikan serta 9,100 ruang parkir. 

— BERNAMA 

Tags: Hextar GroupHextar World di Empire Citylancarpenyewa
Share230ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

10 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

10 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

10 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

10 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In