• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Monday, April 27, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Keuntungan Bersih Mah Sing Melonjak Kepada RM240.75 Juta

in Catalyst
A A
Mah Sing Capai Sasaran Lengkapkan Milikan Kosong Pada Suku Keempat
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 27 Feb (Bernama) —  Keuntungan bersih Mah Sing Group Bhd bagi tahun kewangan berakhir pada 31 Disember 2024 meningkat kepada RM240.75 juta berbanding RM215.29 juta yang dicatatkan pada tahun kewangan 2023, mencerminkan permintaan yang berdaya tahan berikutan harga yang berpatutan dan lokasi projek yang strategik.

Pendapatan pada tahun kewangan 2024, bagaimanapun, menurun kepada RM2.52 bilion daripada RM2.60 bilion sebelum ini, katanya dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

Untuk suku keempat tahun kewangan 2024, syarikat itu mencatatkan keuntungan bersih yang lebih rendah sebanyak RM60.44 juta berbanding RM64.74 juta pada suku tahun yang sama, manakala hasil menokok kepada RM744.42 juta daripada RM671.27 juta.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

Pengasas dan Pengarah Urusan Kumpulan Sing Sing, Tan Sri Leong Hoy Kum menjelaskan prestasi yang mantap pada 2024 menetapkan asas yang kukuh untuk 2025.

“Kami mensasarkan jualan hartanah sebanyak RM2.65 bilion tahun ini. Berbanding dengan pelancaran hartanah kediaman pada 2024, mulai 2025 dan seterusnya, kumpulan akan mempunyai saluran pembekalan yang lebih pelbagai, merangkumi pembangunan projek kediaman, komersil bercampur, perindustrian dan pusat data yang menjamin pendapatan berulang,” katanya.

“Dengan lembaran imbangan yang mantap, kedudukan tunai lebih kurang RM1.35 bilion serta penggearan bersih rendah sebanyak 0.16 kali, kami berada di kedudukan yang baik untuk pengambilalihan tanah strategik dan pelaksanaan projek yang cekap,” katanya melalui satu kenyataan berasingan kepada Bursa Malaysia.

Menurut pemaju hartanah itu, pasaran hartanah kediaman dijangka kekal berdaya tahan pada tahun ini, dipacu oleh persekitaran pekerjaan tempatan yang stabil selain kenaikan gaji untuk penjawat awam dan inisiatif Akaun 3 KWSP yang fleksibel.

“Perumahan yang mampu milik akan terus menjadi pemacu utama seperti M-Series Mah Sing yang memenuhi keperluan pembeli pertama dan kumpulan berpendapatan pertengahan, manakala M-Series yang dinaik taraf dengan unit premium bermula dari RM700,000 akan menarik mereka yang mahu menaik taraf, pembeli asing serta pelabur.

“Strategi Mah Sing adalah untuk memberi tumpuan kepada segmen hartanah kediaman teras sambil meneroka peluang baru muncul dalam perkembangan industri, pusat data dan pembuatan,” katanya lagi.

Sementara itu, kumpulan itu telah mengisytiharkan dividen peringkat tunggal akhir sebanyak 4.5 sen bagi setiap saham biasa untuk tahun kewangan 2024, yang akan dibayar menjelang 26 Mei 2025.

— BERNAMA

Tags: Mah Sing
Share206ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

9 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

9 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In