• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Monday, June 1, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Akhiri Sesi Pagi Lebih Tinggi, Dirangsang Oleh Aktiviti Belian Saham Murah

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Tinggi
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 30 Sept (Bernama) — Bursa Malaysia mengakhiri sesi pagi lebih tinggi hari ini, dirangsang oleh kegiatan membeli saham berharga murah yang membabitkan kaunter berwajaran tinggi terpilih.

Pada pukul 12.30 tengah hari, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) mengukuh 8.23 mata kepada 1,512.13 daripada 1,503.90 ketika ditutup semalam.

Indeks bergerak antara 1,504.35 dan 1,512.50 sepanjang sesi dagangan pagi, selepas dibuka 1.87 mata lebih tinggi pada 1,505.77.

Bagaimanapun, pergerakan harga keseluruhan pasaran menyaksikan kaunter rugi mengatasi untung dengan 534 berbalas 321 manakala 690 kaunter tidak berubah, 565 tidak diniagakan dan 43 lain digantung.

Jumlah dagangan ialah sebanyak 3.46 bilion saham bernilai RM1.20 bilion.

Meskipun minat belian muncul kembali di pasaran tempatan, firma broker Rakuten Trade berpendapat FBM KLCI kekal lemah pada sentimen pasaran semasa.

“Wall Street jatuh teruk kerana bimbang gelombang kedua COVID-19 mungkin berlaku. Purata DJI semalam kerugian 131 mata untuk ditutup pada sekitara paras 27,450 dan oleh itu, kami menjangkakan pasaran serantau juga tidak menentu dan menjurus kepada penurunan.

“Di pasaran tempatan, kami mengunjurkan FBM KLCI terus lemah walaupun minat belian muncul kembali untuk kaunter berkaitan pandemik,” katanya.

Seterusnya ia meramalkan indeks petunjuk utama kekal melepasi paras 1,500 dan kemungkinan menguji paras 1,510 hari ini.

Dalam kalangan saham berwajaran tinggi, Maybank naik empat sen kepada RM7.20, Public Bank meningkat 28 sen kepada RM15.86, Top Glove dan Tenaga masing-masing susut dua sen kepada RM8.45 dan RM10.58 sementara Hartalega 18 sen lebih rendah pada RM16. 82.

Antara saham paling cergas pula, XOX, yang berhasrat memanfaatkan pasaran penyelesaian Blockchain di Asia Pasifik, menyaksikan sahamnya turun satu sen kepada 14 sen, Kanger International jatuh dua sen kepada 19 sen, Trive Property naik setengah sen kepada dua sen sementara Lambo kekal pada tiga sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas naik 48.49 mata kepada 10,887.46 dan Indeks FBM Emas Shariah meningkat 39.39 mata kepada 12,977.41.

Indeks FBM 70 mengukuhkan 34.90 mata kepada 14,207.79, Indeks FBMT 100 naik 50.17 mata kepada 10,714.43 dan FBM ACE meningkat 59.15 mata pada 9,954.49.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan melonjak 96.10 mata kepada 12,503.27, Indeks Perladangan naik 5.65 mata kepada 7,068.17 dan Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian meningkat 1.34 mata kepada 136.57.

– BERNAMA

Nak Tahu Tenik Beli Saham Paling Senang Nak Ikut?

Kami faham, pembaca yang beginner mesti ada banyak soalan.

Macam mana nak dapat pulangan atau untung dalam pasaran saham? Apa teknik yang boleh kita amalkan?

Kalau nak tahu, ada bermacam-macam teknik dalam dunia ni untuk tahu timing yang cantik sebelum nak beli saham.

Salah satu teknik yang senang, berkesan dan ramai peminatnya adalah teknik Buy On Breakout.

Ramai sifu-sifu saham yang kami kenal guna teknik ini.

Kalau nak belajar dan cuba sendiri, dapatkan eBook Rahsia Teknik Buy On Breakout -> https://thekapital.my/EbookBOB

✅ Nak tahu lebih mendalam tentang teknik Buy On Breakout beserta contoh-contoh?

✅ Nak tahu cara untuk bezakan di antara Breakout dan False Breakout?

✅ Pernah dengar Support and Resistance? Nak tahu step by step untuk tentukan Support and Resistance?

Don’t worry guys, kami akan terangkan dalam bahasa mudah.

Dapatkan eBook Rahsia Teknik Buy On Breakout -> 

Share206ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

10 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

10 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

10 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

10 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In