• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, April 25, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Meningkat Semula Dalam Dagangan Awal

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 14 Feb (Bernama) — Bursa Malaysia naik semula daripada penurunan sebelum ini, mencerminkan pemulihan Wall Street tetapi sentimen kekal lemah disebabkan ketidaktentuan terhadap tekanan inflasi Amerika Syarikat (AS).

Pada 9.09 pagi, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 1.55 mata kepada 1,593.83 daripada 1,592.28 semasa ditutup semalam.

Indeks dibuka tinggi 0.63 mata kepada 1,592.91.

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

Dalam pasaran secara menyeluruh, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 195 berbanding 130, dengan 230 kaunter tidak berubah, 1,764 tidak diniagakan dan 22 yang lain digantung. 

Jumlah dagangan sebanyak 197.34 juta unit bernilai RM112.92 juta.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata penangguhan pelaksanaan tarif timbal balik oleh Presiden AS Donald Trump di negara asing memberikan sedikit kelegaan kepada pasaran, menyebabkan hasil 10 tahun AS menurun kepada 4.533 peratus.

“Kami percaya bahawa dana akan bergabung di rantau Asia dan bursa tempatan mungkin mendapat manfaat daripada kesan limpahan.

“Justeru, kami menjangkakan indeks akan berlegar dalam julat 1,590-1,600 hari ini,” katanya.

Malacca Securities Sdn Bhd berkata peningkatan Wall Street berikutan kenaikan di saham wajaran tinggi Nasdaq seperti Nvidia selepas Hewlett Packard Enterprise melakukan penghantaran sistem pengkomputeran kecerdasan buatan berasaskan keluarga Nvidia Blackwell yang pertama.

Dalam pasaran komoditi, minyak mentah Brent diniagakan dalam julat ketat sekitar US$74-US$75 setong, dalam persekitaran prospek rundingan damai antara Rusia dan Ukraine manakala harga emas melonjak ke arah US$2,928 seauns.

Malaysia dijangka mengumumkan data ekonomi 2024 lewat hari ini dan diunjurkan lebih tinggi daripada anggaran pendahuluan 5.1 peratus, pertumbuhan itu didorong oleh jangkaan pertumbuhan 4.8 peratus pada suku keempat.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank meneruskan penurunan, jatuh empat sen kepada RM10.48, CIMB naik satu sen kepada RM8.29 manakala Public Bank dan Tenaga Nasional tidak berubah masing-masing pada RM4.45 dan RM13.88.

IHH Healthcare menambah empat sen kepada RM7.25, bagaimanapun CelcomDigi merosot empat sen kepada RM3.83.

Bagi saham aktif, Harvest Miracle meningkat 0.5 sen kepada 15 sen, Dialog susut 26 sen kepada RM1.55, manakala Widad dan Aneka Jaringan tidak berubah masing-masing pada 4.0 sen dan 0.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas melonjak 5.56 mata kepada 12,132.70, Indeks FBMT 100 meningkat 2.46 mata kepada 11,831.83, Indeks FBM Emas Shariah melonjak 12.05 mata kepada 11,945.14, Indeks FBM 70 merosot 31.74 mata kepada 17,903.61 manakala Indeks FBM ACE turun 2.01 mata kepada 5,217.23.

Mengikut sektor, Indeks Perladangan menokok 7.79 mata kepada 7,489.44, Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan meningkat 1.24 mata kepada 165.41, Indeks Perkhidmatan Kewangan susut 9.56 mata kepada 19,235.68 manakala Indeks Tenaga merosot 14.85 mata kepada 803.51.

— BERNAMA

Tags: bukaBursa MalaysiaKDNKWall Street
Share204ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In