• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, November 1, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Steel Hawk Dapat Kontrak Bekal Tenaga Kerja Selama Tiga Tahun

in Catalyst
A A
Steel Hawk Sasar Kumpul RM13.50 Juta Melalui Pemindahan Penyenaraian
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp


KUALA LUMPUR, 12 Feb (Bernama) — Steel Hawk Bhd melalui anak syarikatnya, Steel Hawk Engineering Sdn Bhd (SHESB), meraih kontrak bekalan tenaga kerja daripada PRPC Utilities and Facilities Sdn Bhd (PRPCUF).

Dalam satu kenyataan hari ini, Steel Hawk berkata anak syarikatnya akan menyediakan tenaga kerja untuk operasi pembungkusan di gudang produk pepejal PRPCUF.

“Kontrak ini adalah berdasarkan kepada keperluan tanpa nilai kontrak tetap dan akan sah untuk tiga tahun,” kata penyedia perkhidmatan serta peralatan minyak dan gas berkenaan.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

PRPCUF ialah anak syarikat Petronas Refinery and Petrochemical Corp Sdn Bhd, ahli kumpulan syarikat Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Timbalan Pengerusi dan Pengarah Eksekutif Steel Hawk Datuk Sharman K. Michael berkata kontrak itu secara ketara mengukuhkan keupayaan pelaksanaan projeknya dan mengukuhkan komitmennya untuk menyampaikan perkhidmatan berkualiti tinggi kepada pemain-pemain industri utama, khususnya Petronas.

“Kontrak ini akan menyumbang dengan ketara dalam meningkatkan keterlihatan pendapatan kami dan menyediakan prospek pertumbuhan jangka panjang yang kukuh bagi kumpulan.

“Kami kekal optimistik mengenai prospek industri minyak dan gas, terutamanya memandangkan pelaburan berterusan Petronas seperti yang digariskan dalam Tinjauan Aktiviti terbaharunya untuk 2025-2027,” katanya.

Sharman berkata syarikat itu berada pada kedudukan yang baik untuk memanfaatkan pelbagai peluang dalam sektor berkenaan dan akan secara aktif meneruskan projek-projek baharu untuk memacu pertumbuhan mampan dan meningkatkan nilai pemegang saham.

— BERNAMA

Tags: kontrakPetronasSteel Hawktenaga kerja
Share211ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

3 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

3 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

3 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

3 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In