• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, November 1, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Asas Saham

Colform Sasar Lebar Sayap Ke Ibu Negara Baharu Indonesia

in Asas Saham, Catalyst
A A
10 Perkara Kena Tahu Sebelum Memohon IPO Colform Group Berhad
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp


KUALA LUMPUR, 10 Feb (Bernama) — Pengeluar produk keluli berpangkalan di Sabah, Colform Group Bhd menyasarkan untuk merebut peluang di ibu kota baharu Indonesia, Nusantara, susulan penyenaraiannya di Pasaran ACE di Bursa Malaysia.

Pengarah Urusannya Kang Ket Hung berkata walaupun masih di peringkat meninjau perkara itu, syarikat berkenaan sememangnya amat berminat untuk memasuki pasaran berkenaan.

Pada jam 9 pagi ini, syarikat berkenaan mula disenaraikan pada harga tawaran awam permulaan (IPO) sebanyak 36 sen dengan sejumlah 17.75 juta saham didagangkan.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

Kang menyifatkan sambutan positif itu sebagai membuktikan kekuatan model perniagaan, rekod prestasi dan potensi syarikat dalam industri pembinaan.

“Bagi kemajuan masa depan, kami akan menumpukan penyampaian nilai kepada kalangan pemegang saham dengan melaksanakan strategi pertumbuhan selain mengekalkan komitmen terhadap kualiti serta inovasi.

“Ini turut menjadi landasan bagi menetapkan pertumbuhan masa depan apabila terus memperluas jangkauan kami dan meningkatkan penawaran dalam industri hiliran keluli dan bahan binaan selain turut menyumbang secara positif kepada sektor pembinaan Malaysia,” katanya pada sidang media secara maya bersempena penyenaraian syarikat itu di sini, hari ini.

Mengulas prospek industri pada 2025, Pengarah Eksekutif Kang Phui Yie berkata pihaknya yakin industri keluli hiliran di Malaysia bersedia bagi mencatat pertumbuhan yang mampan.

“Mengikut laporan Penyelidikan Pasaran Bebas (IMR), industri hiliran keluli di Sabah dan Sarawak diunjur berkembang secara kukuh, didorong oleh pemulihan sektor pembinaan dan inisiatif sokongan daripada kerajaan.

“Ditambah pula dengan sokongan kerajaan bagi memacu prasarana, pembangunan hartanah dan pemulihan ekonomi pasca pandemik, perkembangan ini memaparkan peluang bermakna bagi kalangan pemain seperti Colform,” katanya.

Kumpulan itu juga, katanya, merancang untuk meningkatkan lagi tawaran produk dan mengukuhkan kehadiran dalam pasaran dan landskap keluli yang sentiasa berubah,” katanya.

Menyentuh keputusan pentadbiran Presiden Amerika Syarikat Donald Trump pada Ahad untuk mengenakan tarif 25 peratus pada import besi dan keluli dari semua negara, beliau berkata pihaknya tidak terjejas kerana tidak melakukan sebarang eksport ke negara maju itu pada masa ini.

— BERNAMA

Tags: Bursa MalaysiaColform GroupKang Ket Hungpasaran ACE
Share206ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

3 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

3 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

3 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

3 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In