• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Thursday, April 30, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Keuntungan Bersih KLCCP Stapled Melonjak Kepada RM1.02 Bilion

in Catalyst
A A
CGS-CIMB Unjur 2021 Tahun Lebih Baik Untuk KLCI
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp


KUALA LUMPUR, 5 Feb (Bernama) — Keuntungan bersih KLCCP Stapled Group melonjak sebanyak 9.15 peratus kepada RM1.02 bilion untuk tahun kewangan berakhir 31 Dis 2024 berbanding RM931.29 juta yang dicatatkan semasa tahun sebelumnya, selepas dipacu oleh pertumbuhan mantap merentasi semua perniagaan.

Hasil juga naik 5.66 peratus kepada RM1.71 bilion daripada RM1.62 bilion, disokong oleh prestasi pasaran dan tumpuan strategik yang  baik. 

Bagi suku keempat 2024, keuntungan bersih kumpulan meningkat 12.04 peratus kepada RM430.91 juta, menokok dari RM384.59 juta pada suku yang sama tahun sebelum ini, manakala pendapatan bertambah 3.72 peratus kepada RM459. 10 juta berbanding RM442.63 juta sebelumnya.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

KLCCP Stapled telah mengisytiharkan dividen sebanyak 17.10 sen setiap sekuriti stapled pada suku tersebut, menjadikan jumlah dividen bagi tahun ini kepada 44.50 sen setiap sekuriti stapled, kenaikan sebanyak 9.9 peratus daripada 2023. 

 Ketua Pegawai Eksekutif KLCC Property Holdings Bhd dan KLCC REIT Management Sdn Bhd, Datuk Mohd Salem Kailany berkata prestasi keseluruhan kumpulan pada 2024 mencerminkan pertumbuhan yang cemerlang dalam semua segmen perniagaan, membolehkan kumpulan itu menyampaikan pembayaran dividen tertinggi sejak penyenaraiannya pada 2013.

“Dengan perbelanjaan pelanggan yang mantap dan industri pelancongan yang semakin pulih, kami tetap teguh dalam pertumbuhan kami yang berterusan sambil komited kepada tumpuan strategik kami dalam memberikan nilai serta kecemerlangan kepada para pemegang saham kami,” katanya dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia. 

Kumpulan itu ketika mengulas mengenai prospek melahirkan keyakinan tetapi dengan berhati-hati untuk menyampaikan prestasi positif seterusnya pada 2025, yang disokong oleh kestabilan segmen pejabat yang telah menerima dorongan pajakan jangka panjang dan pengaturan pajakan tiga kali ganda. 

Suria KLCC komited bagi mengekalkan kehadiran dalam menara berkembar Petronas  yang ikonik dengan mengutamakan strategi yang berpusatkan pelanggan dan pertumbuhan yang mampan.

“Usaha pusat membeli-belah itu untuk meningkatkan pengalaman pelanggan serta memacu inovasi adalah penting dalam mengemudi landskap yang kompetitif termasuk usaha memupuk persekitaran yang menyokong semua pihak berkepentingan,” katanya lagi.

Sementara itu, Mandarin Oriental terus mengukuhkan kerjasama dengan rakan kongsi KLCC bagi mencapai prestasi yang mampan. 

Melangkah ke hadapan, kumpulan itu tetap komited ke arah peningkatan aset, yang bertujuan untuk melonjakkan kecemerlangan perkhidmatan dan pengalaman pelanggan di KLCC Precinct.

— BERNAMA 

Nak Tahu Teknik Beli Saham Paling Senang Nak Ikut?

Kami faham, pembaca yang beginner mesti ada banyak soalan.

Macam mana nak dapat pulangan atau untung dalam pasaran saham? Apa teknik yang boleh kita amalkan?

Kalau nak tahu, ada bermacam-macam teknik dalam dunia ni untuk tahu timing yang cantik sebelum nak beli saham.

Salah satu teknik yang senang, berkesan dan ramai peminatnya adalah teknik Buy On Breakout.

Ramai sifu-sifu saham yang kami kenal guna teknik ini.

Kalau nak belajar dan cuba sendiri, dapatkan eBook Rahsia Teknik Buy On Breakout -> https://thekapital.my/EbookBOB

✅ Nak tahu lebih mendalam tentang teknik Buy On Breakout beserta contoh-contoh?
✅ Nak tahu cara untuk bezakan di antara Breakout dan False Breakout?
✅ Pernah dengar Support and Resistance? Nak tahu step by step untuk tentukan Support and Resistance?

Don’t worry guys, kami akan terangkan dalam bahasa mudah.

Dapatkan eBook Rahsia Teknik Buy On Breakout

MILIKI E-BOOK BUY ON BREAKOUT
Tags: Bursa MalaysiaKeputusanKLCCP Stapled
Share208ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

9 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

9 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In