• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Friday, April 24, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp


KUALA LUMPUR, 4 Feb (Bernama) — Bursa Malaysia dibuka tinggi hari ini berikutan aktiviti belian saham pada harga rendah susulan berita mengenai penangguhan kenaikan tarif import yang dicadangkan oleh Amerika Syarikat (AS) ke atas Mexico dan Kanada pada Isnin.

Pada 9.05 pagi, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 4.75 mata kepada 1,558.38 daripada 1,553.63 semalam.  

Indeks petunjuk pasaran dibuka tinggi 3.40 mata kepada 1,557.03.

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

Dalam pasaran secara menyeluruh, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 172 berbanding 106 manakala 228 kaunter tidak berubah, 1,798 tidak diniagakan dan 14 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 120.50 juta saham bernilai RM67.91 juta.

Menurut laporan berita, walaupun AS bersetuju untuk menangguhkan kenaikan tarif selama 30 hari sebagai pertukaran kepada konsesi mengenai penguatkuasaan sempadan dan jenayah dengan kedua-dua negara jirannya, tarif ke atas China masih dijadualkan berkuat kuasa.

Presiden AS Donald Trump menangguhkan tarif ke atas Mexico selepas arahannya untuk mengenakan tarif ke atas tiga negara mewujudkan perebutan global terhadap aset selamat pada awal Isnin.

Sementara itu, Malacca Securities Sdn Bhd berkata mengenakan tarif tambahan 10 peratus (selain 50 peratus sedia ada) ke atas eksport sarung tangan getah perubatan dan pembedahan China ke AS dijangka meningkatkan sentimen terhadap kaunter sarung tangan tempatan.

“Selain itu, berdasarkan penurunan dalam sektor pembinaan baru-baru ini, kami percaya diskaun ketara dalam harga saham dijangka membuka peluang kepada belian saham pada harga rendah untuk kaunter pembinaan, disokong oleh inisiatif Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura dan pembangunan pusat data di negara ini,” katanya dalam nota penyelidikan. 

Dari aspek teknikal, katanya paras halangan dijangka pada 1,568 hingga 1,573 manakala paras sokongan pada 1,533 hingga 1,538. 

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, CIMB dan Tenaga Nasional, masing-masing naik 8.0 sen kepada RM8.08 dan RM13.66, Press Metal Aluminium dan Gamuda, masing-masing meningkat 5.0 sen kepada RM4.95 dan RM4.19 serta Public Bank menambah 2.0 sen kepada RM4.34. 

Harvest Miracle Capital mendahului senarai kaunter paling aktif, menambah 2.0 sen kepada 20.5 sen, diikuti Oriental Kopi yang naik 1.0 sen kepada 86.5. Silver Ridge mendatar pada 59 sen, YTL Power International meningkat 2.0 sen kepada RM3.07 dan Velesto Energy kekal mendatar pada 19 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas naik 37.77 mata kepada 11,903.83, Indeks FBMT 100 meningkat 39.93 mata kepada 11,598.54 dan Indeks FBM Emas Shariah menambah 32.48 mata kepada 11,754.31.

Indeks FBM ACE naik 26.10 mata kepada 5,215.27 dan Indeks FBM 70 meningkat 77.84 mata kepada 17,665.46

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan naik 44.43 mata kepada 18,884.26, Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan meningkat 0.67 mata kepada 164.40 dan Indeks Tenaga menambah 0.65 mata kepada 816.77 manakala Indeks Perladangan merosot 19.66 mata kepada 7,326.18.

— BERNAMA

Ramai sangat give up dalam saham. Kawan-kawan kami pun ramai dah give up.

Tapi kenapa give up?

Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.

Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.

Hidup ni tak perlu complicated sangat.

Dan tak perlu pun tengok saham ni hari-hari.
Cukup sebulan sekali.

Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:

  • Kita tak perlu melekat di screen
  • Kita boleh bekerja seperti biasa
  • Kurang risiko untuk rugi
  • Set siap-siap bila nak jual saham tu
  • Kurang stress


Insya-Allah berbaloi… Pra-Daftar dahulu & jadi yang terawal untuk tahu sesi seterusnya!

Siap dapat diskaun Early Bird!

SAYA NAK PRA-DAFTAR!

Tags: ASbukaBursa MalaysiaFBM KLCI
Share213ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In