• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Friday, May 1, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Keyfield Beli Kapal Bekalan Platform DP2 Berharga RM79.22 Juta

in Catalyst
A A
Untung Bersih Keyfield Bagi TK2023 Naik Kepada RM105.47 Juta Menjelang Penyenaraian
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp



KUALA LUMPUR, 6 Jan (Bernama) — Anak syarikat milik penuh Keyfield International Bhd, Keyfield Offshore Sdn Bhd membeli kapal bekalan platform (PSV) berkuasa dynamic positioning 2 (DP2) berusia lima tahun daripada Sinocommerce Harbour Engineering Co Ltd berharga US$17.6 juta (RM79.22 juta).

Kapal itu akan dinamakan semula sebagai Keyfield Gratitude.

Keyfield dalam satu kenyataan berkata pembelian itu dibiayai melalui hasil sukuk Keyfield, dan syarikat itu merancang untuk memperuntukkan kira-kira US$2 juta (RM9 juta) daripada dana dalamannya untuk perbelanjaan modal tambahan bagi membawa kapal itu ke Malaysia dan menyediakannya untuk beroperasi.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

Dalam makluman berasingan kepada Bursa Malaysia, ia berkata kapal itu berada di China dan dijadualkan untuk menjalani proses penyelenggaraan dok kering.

“Kami menjangkakan perbelanjaan modal tambahan kira-kira US$2 juta akan digunakan untuk proses dok kering, penghantaran dan kos pembaikan,” kata syarikat itu.

Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Eksekutif Datuk Darren Kee berkata syarikat itu percaya Gratitude akan menambah baik barisan kapal sedia ada kerana ia boleh digunakan bagi memenuhi kontrak bidaan kapal sewa PSV.

“Selain itu, ia sesuai dengan strategi pengembangan perniagaan kami untuk meluaskan tawaran perkhidmatan kepada pelanggan seperti yang digariskan dalam prospektus tawaran awam permulaan kami.

“Spesifikasi teknikal Gratitude juga sesuai untuk keperluan penyewaan tempatan dan serantau,” katanya.

Beliau yakin Gratitude akan menyumbang secara positif kepada pendapatan syarikat untuk tahun kewangan berakhir 31 Dis 2025 dan seterusnya.

— BERNAMA

Tags: beliKeyfield GratitudeKeyfield International
Share227ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

9 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

9 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In