• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Thursday, April 30, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Asas Saham

Bursa Malaysia Menyinar Pada 2024, Indeks Komposit Dijangka Cecah 1,800 Tahun Depan

in Asas Saham
A A
Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama

Kredit: MEDIA MULIA

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 31 Dis (Bernama) — Pasaran ekuiti Malaysia mencatatkan prestasi memberangsangkan pada 2024, mencapai beberapa kejayaan penting yang menyediakan asas kukuh bagi indeks utama untuk melepasi paras 1,800 tahun depan selain jangkaan 50 penyenaraian baharu.

Petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) mengakhiri tahun ini dengan mencatatkan peningkatan 12.90 peratus dalam tempoh 52 minggu, menjadikan Bursa Malaysia sebagai bursa berprestasi kedua terbaik di Asia Tenggara, selepas Singapura.

Bursa tempatan itu juga merekodkan terbitan Tawaran Awam Permulaan (IPO) tertinggi yang pernah dicapainya dan mencatatkan permodalan pasaran melebihi paras RM2 trilion buat kali pertama pada Mei.

Berkaitan

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

IPO Oxford Innotech Terlebih Langgan 3.42 Kali Menjelang Penyenaraian Di Pasaran ACE

PMCK Berhad Disenaraikan Pada Harga 22.5 Sen Hari Ini, Naik Setengah Sen Daripada Tawaran IPO

Bagi saham individu, 99 Speed ​​Mart Retail Holdings Bhd melonjak 14 peratus semasa dagangan sulungnya, menjadikannya IPO terbesar dalam tempoh tujuh tahun sejak penyenaraian Lotte Chemical Titan pada 2017.

Ini merupakan IPO ke-34 Bursa Malaysia pada tahun ini, mengukuhkan kedudukan negara sebagai pasaran IPO paling aktif di Asia Tenggara pada 2024.

Menurut data daripada Bloomberg, saham yang paling banyak didagangkan di Bursa Malaysia sejak 12 bulan lepas termasuklah My EG Services, Velesto Energy, Hong Seng Consolidated, Top Glove Corporation dan TWL Holdings.

Setakat hari ini, sebanyak 53.04 juta saham My EG telah diurusniagakan, diikuti Velesto Energy (43.74 juta), Hong Seng Consolidated (37.62 juta), Top Glove Corporation (35.98 juta) dan TWL Holdings (35.46 juta).

Bursa Malaysia meraih pencapaian penting pada 2024, dengan 55 IPO disenaraikan di bursa itu – bilangan penyenaraian tertinggi dalam tempoh 19 tahun lepas, melepasi sasaran awal 42 IPO.

Kesemua 55 IPO ini secara kolektif mengumpul hasil sebanyak RM7.42 bilion, yakni peningkatan  sebanyak 107 peratus daripada tahun sebelumnya, dan menyumbang jumlah permodalan pasaran sebanyak RM31.37 bilion kepada Bursa Malaysia berdasarkan kepada harga IPO mereka.

Ini merupakan pertumbuhan sebanyak 130 peratus berbanding 2023.

Prestasi luar biasa ini merupakan peningkatan sebanyak 72 peratus berbanding 32 IPO yang dicatatkan pada 2023.

FBM KLCI mencecah paras terendahnya tahun ini pada 1,453.10 pada 2 Jan 2024, hari dagangan pertama tahun itu dan mencapai paras kemuncaknya pada 1,678.80 mata pada 30 Ogos 2024, tahap yang tidak dilihat sejak Disember 2020.

Kenaikan enam hari berturut-turut bursa dari 23 Dis juga menyaksikan belian bersih dana global ekuiti Malaysia bernilai US$600,000 pada 30 Dis, tertinggi dalam tempoh sebulan, sebelum indeks utama mengakhiri tahun ini meningkat sebanyak 0.28 peratus atau 4.65 mata kepada 1,642.33.

Melangkah ke 2025, ketua penyelidikan pelaburan UOB Kay Hian Wealth Advisors Mohd Sedek Jantan berkata syarikat itu mengunjurkan FBM KLCI bakal mencecah paras 1,800 mata.

RHB Investment Bank Bhd mengunjurkan petunjuk utama pasaran mencecah 1,820 mata pada akhir 2025, disokong oleh prospek makroekonomi domestik yang kukuh dan pendapatan korporat yang bertambah baik. 

Affin Bank Bhd pula menjangkakan FBM KLCI mencecah paras 1,850 mata tahun depan berbanding anggaran 1,650 mata bagi 2024, dipacu oleh pertumbuhan berterusan pendapatan korporat manakala MIDF Research mengunjurkan indeks utama itu melepasi paras 1,800 mata kepada 2025. 

Bagaimanapun, ketidaktentuan perdagangan yang semakin meningkat dan potensi peralihan dasar AS di bawah pentadbiran Presiden Donald Trump boleh menyebabkan pasaran ekuiti global menjadi tidak menentu dalam tempoh terdekat ini.

Mengenai terbitan IPO, Bursa Malaysia dijangka menyenaraikan 50 IPO tahun depan, kembali semula ke tahap penyertaan awam yang tinggi seperti dua dekad lepas.

— BERNAMA

Tags: Bursa MalaysiaFBM KLCIIPOsrumusanUOB Kay Hian Wealth Advisors
Share265ShareSend

Related Posts

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
IPO Oxford Innotech Terlebih Langgan 3.42 Kali Menjelang Penyenaraian Di Pasaran ACE
Asas Saham

IPO Oxford Innotech Terlebih Langgan 3.42 Kali Menjelang Penyenaraian Di Pasaran ACE

9 months ago
PMCK Berhad Disenaraikan Pada Harga 22.5 Sen Hari Ini, Naik Setengah Sen Daripada Tawaran IPO
Asas Saham

PMCK Berhad Disenaraikan Pada Harga 22.5 Sen Hari Ini, Naik Setengah Sen Daripada Tawaran IPO

10 months ago
Saham Kajian: NexG Raih Lanjutan Kontrak Dari KDN [8 Julai 2025]
Asas Saham

Saham Kajian: NexG Raih Lanjutan Kontrak Dari KDN [8 Julai 2025]

10 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In