• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, May 2, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Asas Saham

Winstar Untung 40% Berbanding Harga Tawaran 35 Sen Pada Hari Penyenaraian

in Asas Saham
A A
Winstar Untung 40% Berbanding Harga Tawaran 35 Sen Pada Hari Penyenaraian
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Winstar Capital Sasar Pertumbuhan Jualan Pada 2025 Melalui Peralihan Dasar Cukai China


KUALA LUMPUR, 19 Dis  (Bernama) — Pengeluar produk aluminium Winstar Capital Bhd menyasarkan peningkatan pertumbuhan jualannya dengan memanfaatkan peralihan dasar cukai oleh China baru-baru ini.

Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Bukan Bebasnya Vincent Chua Boon Hong berkata syarikat itu kini memegang 2.7 peratus daripada pasaran aluminium Malaysia bernilai RM3.2 bilion dan berpotensi besar untuk pengembangan.

“Syarikat optimis terhadap masa depan dengan pertumbuhan dijangka berlaku dalam pasaran penyemperitan aluminium dan tenaga solar pada 2025.

Berkaitan

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

IPO Oxford Innotech Terlebih Langgan 3.42 Kali Menjelang Penyenaraian Di Pasaran ACE

PMCK Berhad Disenaraikan Pada Harga 22.5 Sen Hari Ini, Naik Setengah Sen Daripada Tawaran IPO

“Peralihan dasar di China baru-baru ini yang melibatkan pengurangan bayaran balik cukai daripada 13 peratus kepada sifar, akan meningkatkan kemasukan produk dari China ke pasaran Malaysia, dan ini sudah tentu memberi manfaat kepada kita,” katanya dalam sidang media selepas penyenaraian Winstar di Pasaran ACE Bursa Malaysia hari ini.

 Vincent berkata Winstar berpeluang terlibat dalam projek program Solar Skala Besar (LSS5) yang dijangka diumumkan bulan depan.

“Peranan Winstar dalam projek ini akan tertumpu dalam membekalkan struktur pelekap aluminium, yang penting untuk pemasangan panel solar,” katanya.

Saham Winstar dibuka 14 sen lebih tinggi pada 49 sen berbanding harga tawaran awam permulaan (IPO) pada 35 sen ketika penampilan sulung di Pasaran ACE Bursa Malaysia hari ini.

Sebanyak 4.77 juta saham bertukar tangan ketika dagangan dibuka.

“Sebanyak RM19.79 juta hasil yang diperoleh daripada IPO, kami merancang untuk menggunakan RM9.55 juta atau 48.25 peratus daripadanya bagi membeli mesin dan peralatan penekan penyemperitan aluminium baharu untuk kilang pembuatan yang baharu.

“Selain itu, RM6.24 juta (31.54 peratus) akan digunakan untuk modal kerja am dan RM4.00 juta (20.21 peratus) untuk membayar perbelanjaan penyenaraian,” katanya.

Syarikat itu berkata selepas penyenaraian, Winstar menyasarkan untuk mengagihkan 30 peratus daripada keuntungan disatukan teraudit tahunannya selepas cukai yang boleh diagihkan kepada pemegang saham sebagai dividen, tertakluk kepada prestasi perniagaan kumpulan dan keperluan aliran tunai untuk memberi ganjaran kepada pemegang sahamnya.

— BERNAMA

Ramai sangat give up dalam saham. Kawan-kawan kami pun ramai dah give up.

Tapi kenapa give up?

Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.

Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.

Hidup ni tak perlu complicated sangat.

Dan tak perlu pun tengok saham ni hari-hari.
Cukup sebulan sekali.

Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:

  • Kita tak perlu melekat di screen
  • Kita boleh bekerja seperti biasa
  • Kurang risiko untuk rugi
  • Set siap-siap bila nak jual saham tu
  • Kurang stress


Insya-Allah berbaloi… Pra-Daftar dahulu & jadi yang terawal untuk tahu sesi seterusnya!

Siap dapat diskaun Early Bird!

SAYA NAK PRA-DAFTAR!

Tags: ChinacukaiIPOpertumbuhantawaran awam permulaanunjuranVincent Chua Boon HongWinstar
Share231ShareSend

Related Posts

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
IPO Oxford Innotech Terlebih Langgan 3.42 Kali Menjelang Penyenaraian Di Pasaran ACE
Asas Saham

IPO Oxford Innotech Terlebih Langgan 3.42 Kali Menjelang Penyenaraian Di Pasaran ACE

9 months ago
PMCK Berhad Disenaraikan Pada Harga 22.5 Sen Hari Ini, Naik Setengah Sen Daripada Tawaran IPO
Asas Saham

PMCK Berhad Disenaraikan Pada Harga 22.5 Sen Hari Ini, Naik Setengah Sen Daripada Tawaran IPO

10 months ago
Saham Kajian: NexG Raih Lanjutan Kontrak Dari KDN [8 Julai 2025]
Asas Saham

Saham Kajian: NexG Raih Lanjutan Kontrak Dari KDN [8 Julai 2025]

10 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In