• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Thursday, April 30, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp


KUALA LUMPUR, 5 Dis (Bernama) — Bursa Malaysia dibuka tinggi hari ini, seiring dengan prestasi Wall Street dalam tempoh semalaman yang positif dalam persekitaran peningkatan keyakinan pengguna.

Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 2.70 mata kepada 1,616.79 daripada 1,614.09 pada Rabu.

At 9.05 am, the FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) added 2.70 points to 1,616.79 from Wednesday’s close of 1,614.09. 

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

Indeks petunjuk pasaran dibuka tinggi 2.05 mata kepada 1,616.14.

Suasana pasaran positif dengan 226 kaunter untung mengatasi 101 kaunter rugi manakala 285 kaunter kekal tidak berubah, sebanyak 1,844 saham tidak diniagakan dan 11 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 193.50 juta unit bernilai RM91.02 juta.

Rakuten Trade Sdn Bhd berkata Wall Street terus mencapai rekod tertinggi dengan saham teknologi mendahului, peniaga menunggu data pekerjaan AS terkini dijadual akan dikeluarkan esok, ia mungkin mempengaruhi pendirian Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) terhadap kadar faedah.

“Di peringkat tempatan, kami menjangkakan indeks akan berada dalam julat 1,615-1,625 hari ini dengan harapan ia akan melepasi paras 1,630 untuk mengelak fasa penyatuan yang berpanjangan,” katanya dalam nota penyelidikan hari ini.

Pedagang ActivTrades Anderson Alves berkata ekuiti Asia mungkin akan didagangkan secara positif pada Khamis, didorong oleh keyakinan dalam sektor teknologi dan komunikasi berikutan peningkatan di Wall Street.

Beliau berkata ia berlaku apabila hasil AS berkurangan dan dolar AS melemah, mewujudkan perkembangan yang menggalakkan.

“Selain itu, sektor tenaga boleh menarik perhatian apabila peserta memantau perkembangan daripada mesyuarat Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum (OPEC+) lewat hari ini.

“Senario asas untuk mesyuarat itu ialah lanjutan tiga bulan kuota pengurangan pengeluaran semasa, dengan lanjutan enam bulan dilihat sebagai kenaikan harga minyak,” katanya.

Walaupun pengurangan pengeluaran dijangka tidak akan berlaku ketika ini, sebarang perbincangan mengenainya, ditambah dengan lanjutan tiga atau enam bulan, ia akan bantu menyokong harga minyak dan saham berkaitan tenaga, kata Alves.

Dalam saham wajaran tinggi, Maybank dan Public Bank tidak berubah, masing-masing pada RM10.18 dan RM4.53 manakala CIMB menambah lima sen kepada RM8.25 dan Tenaga Nasional naik enam sen kepada RM13.70 bagaimanapun IHH turun dua sen kepada RM7.28.

Bagi kaunter aktif, Cropmate Bhd yang baru disenaraikan menambah satu sen kepada 21 sen, MMS Venture meningkat 0.5 sen kepada 49.5 sen, Silver Ridge merosot 10 sen kepada 54 sen manakala Solution Group dan Mestron tidak berubah, masing-masing pada 17 sen and 30.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas menokok 31.44 mata kepada 12,346.07, Indeks FBMT 100 naik 31.12 mata kepada 12,031.80, Indeks FBM 70 melonjak 87.75 mata kepada 18,324.85, Indeks FBM Emas Shariah meningkat 32.19 mata kepada 12,338.66, bagaimanapun Indeks FBM ACE berkurangan 36.27 mata kepada 5,228.98.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan naik 27.46 mata kepada 19,161.18 dan Indeks Perladangan meningkat 12.88 mata kepada 7,759.94, Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan melonjak 0.23 mata kepada 176.36 manakala Indeks Tenaga naik 1.05 mata kepada 818.53.

— BERNAMA

Tags: bukadasar ASFBM KLCIWall Street
Share201ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In