• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Monday, May 18, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Keuntungan Bersih KLCC Stapled Group Melonjak Kepada RM206.53 Juta

in Catalyst
A A
CGS-CIMB Unjur 2021 Tahun Lebih Baik Untuk KLCI
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp


KUALA LUMPUR, 25 Nov (Bernama) — KLCC Stapled Group, yang merangkumi KLCC Property Holdings Bhd (KLCCP) dan KLCC Real Estate Investment Trust (REIT), mencatatkan keuntungan bersih yang lebih tinggi sebanyak RM206.53 juta pada suku ketiga berakhir 30 Sept 2024 berbanding RM185.33 juta dalam tempoh yang sama tahun sebelum ini.

Segmen pelaburan hartanah runcit itu menyaksikan peningkatan ketara dalam hasil serta keuntungan sebelum cukai, masing-masing sebanyak 8.5 peratus dan 12.3 peratus berikutan pencapaian berterusannya yang menjurus kepada pengurusan ruang runcitnya yang berkesan, yang telah membawa kepada kadar penghunian yang lebih baik.

Pendapatan pada suku ketiga 2024 meningkat sebanyak 7.1 peratus kepada RM429.61 juta daripada RM401.15 juta sebelumnya, dipacu oleh prestasi membanggakan oleh segmen runcit dan hotel.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

KLCC Stapled Group berkata keputusan itu mencerminkan pengambilalihan baki 40 peratus kepentingan dalam Suria KLCC, dengan keuntungan boleh diagihkan kepada pemegang ekuiti (PATMI) menokok sebanyak 11.4 peratus kepada RM206.53 juta pada suku tersebut daripada RM185.34 juta sebelumnya.

“Prestasi dalam semua segmen adalah membanggakan, terutamanya dalam segmen runcit dan hotel,” katanya.

Untuk sembilan bulan pertama dalam tahun kewangan berakhir 31 Dis 2024, kumpulan itu melaporkan keuntungan bersih yang lebih tinggi sebanyak RM585.62 juta, naik berbanding RM546.70 juta dalam tempoh yang sama tahun lalu. Hasil meningkat kepada RM1.25 bilion daripada RM1.17 bilion.

Mengenai prospek, lembaga pengarah kekal positif terhadap tinjauan prestasi kumpulan, disokong oleh aset strategik, jenama dan usaha berterusan dalam pengoptimuman kos. 

Kumpulan itu juga telah mengisytiharkan dividen interim ketiga sebanyak 9.20 sen untuk suku ketiga 2024, dibayar menjelang 30 Dis 2024.

Dalam satu kenyataan berasingan, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan KLCC Stapled, Datuk Mohd Salem Kailany berkata keputusan kewangan kukuh kumpulan itu pada suku ketiga menyaksikan prestasi memberangsangkan daripada segmen runcit dan hotelnya.

“Mandarin Oriental, Kuala Lumpur menyaksikan hasil yang tinggi bagi setiap pertumbuhan bilik yang tersedia semasa suku tersebut daripada kalendar acara yang mantap dan berjaya menguasai segmen riadah.

“Gabungan penyewa serta penyewa baharu yang menarik di Suria KLCC, inisiatif pemasaran yang berpengalaman serta kempen untuk acara memperkukuhkan keuntungan serta kedudukannya sebagai destinasi membeli-belah ikonik di negara ini,” katanya.

— BERNAMA

Tags: KeputusanKLCC Real Estate Investment Trust (REIT)
Share207ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

10 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

10 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

10 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

10 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In