• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, April 25, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Jejaki Kenaikan Di Wall Street Dalam Tempoh Semalamam

in Catalyst
A A
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 22 Nov (Bernama) — Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Jumaat, menjejaki prestasi lebih baik di Wall Street dalam tempoh semalaman yang disokong oleh pendapatan kukuh Nvidia.

Pada pukul 9.11 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 3.00 mata kepada 1,591.68 daripada 1,588.68 ketika ditutup semalam.

Indeks penanda aras itu dibuka 4.36 mata lebih tinggi kepada 1,593.04.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

Keseluruhan pasaran adalah positif, dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 205 berbanding 153, manakala 292 kaunter tidak berubah, 1,815 kaunter tidak diniagakan dan 23 yang lain digantung.

Jumlah dagangan mencecah 182.24 juta unit bernilai RM107.95 juta.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata dagangan kekal tidak menentu apabila pelabur meneliti data ekonomi Amerika Syarikat (AS) terkini, yang menunjukkan penurunan mengejutkan bagi permohonan Tuntutan Pengangguran Awal.

“Purata Perindustrian Dow Jones meningkat 462 mata atau 1.1 peratus untuk ditutup pada 35,021. S&P 500 menokok 0.5 peratus, manakala Nasdaq naik sedikit di bawah 0.1 peratus.

“Di Hong Kong, bursa ditutup rendah berikutan beberapa syarikat melaporkan pendapatan yang kurang daripada jangkaan pasaran, mencetuskan penjualan bagi saham yang terjejas dan menyebabkan Indeks Hang Seng susut 0.53 peratus,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata di peringkat domestik, FBM KLCI terus mencatatkan prestasi yang tidak banyak berubah namun menunjukkan sedikit tanda lantunan kukuh berikutan minat belian yang lemah dan dagangan berhati-hati.

“Indeks penanda aras menghadapi tekanan jualan berterusan, dengan paras sokongan utama pada 1,585. Sekiranya indeks susut lagi di bawah paras ini, keadaan itu boleh menyebabkan penurunan selanjutnya.

“Bagaimanapun, FBM KLCI yang didagangkan dalam zon terlebih jual,memberikan peluang kepada pelabur untuk membeli saham mewah yang mengalami penurunan ketara semasa sesi dagangan baru-baru ini susulan penilaiannya yang menarik,” katanya.

Thong berkata oleh itu, pihaknya menjangkakan indeks penanda aras bergerak dalam julat 1,585 hingga 1,610 mata hari ini.

Antara saham berwajaran tinggi, CIMB menambah 4.0 sen kepada RM8.25, Public Bank naik 2.0 sen kepada RM4.42, Tenaga Nasional menokok 14 sen kepada RM13.94, IHH Healthcare meningkat 6.0 sen kepada RM7.23 namun, Maybank kurang 4.0 sen kepada RM10.16.

Bagi saham aktif, Globetronics Technology naik 3.5 sen kepada 54.5 sen, Sik Cheong menambah 1.0 sen kepada 23 sen, MY E.G. Services meningkat 2.0 sen kepada 93 sen, Aizo turun setengah sen kepada 13.5 sen manakala Sanichi Technology kekal pada 1.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas Shariah naik 29.44 mata kepada 12,100.33, Indeks FBM Emas menambah 25.18 mata kepada 12,112.79 dan Indeks FBMT 100 meningkat 25.18 mata kepada 11,816.40.

Indeks FBM 70 menokok 48.66 mata kepada 17,892.32, tetapi Indeks FBM ACE turun 1.12 mata kepada 5,196.82.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan menambah 20.69 mata kepada 19,051.82, Indeks Tenaga naik 0.03 mata kepada 826.13 dan Indeks Perladangan berkembang 21.09 mata kepada 7,587.47.

Bagaimanapun, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian turun 0.28 mata kepada 171.73.

— BERNAMA

Tags: Bursa MalaysiaRakuten TradeThong Pak LengWall Street
Share211ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

9 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

9 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In