• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Thursday, June 4, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Paragon Globe Peroleh Hak Bangunkan Tiga Bidang Tanah, GDV Bernilai RM733.12 Juta

in Catalyst
A A
Paragon Globe Cadang Beli Tanah 42.28 Hektar Di Johor Bahru Pada RM71.5 Juta
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp


KUALA LUMPUR, 12 Nov (Bernama) — Paragon Globe Properties Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh Paragon Globe Bhd (PGB) telah memperoleh hak untuk membangunkan tapak seluas 28.94 hektar di Iskandar Puteri, Johor dengan nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM733.12 juta.

Hak pembangunan diperoleh susulan pemeteraian perjanjian kerjasama Paragon Globe Properties dengan Iskandar Capital Sdn Bhd.

PGB dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini berkata di bawah perjanjian itu, Paragon Globe Properties diberikan hak eksklusif untuk membangunkan tiga bidang tanah pegangan bebas di Iskandar Puteri, membolehkan syarikat mereka bentuk, membangun, membina, membina dan menyiapkan pembangunan pada tanah pembangunan serta menguruskan semua aktiviti pelaksanaan.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

Selain itu, Paragon Globe Properties memegang hak eksklusif untuk memasarkan, mempromosi dan menjual unit dan komponen hartanah individu dalam pembangunan dan untuk mengekalkan semua hasil yang dijana daripada jualan tersebut, katanya.

Syarikat itu merancang untuk membangunkan projek kediaman di Land 2 dan Land 3, yang terdiri daripada 340 unit pelbagai jenis hartanah termasuk 324 unit rumah berkembar, dua unit banglo dan 14 lot tanah banglo.

“Paragon Globe Properties kini dalam proses memuktamadkan pelan pembangunan untuk Land 3, yang dijangka menyumbang kepada pertumbuhan berterusan syarikat.

“Pembinaan dijangka akan dimulakan tahun depan dan dijangka mengambil masa tujuh tahun untuk disiapkan,” kata PGB.

Kerjasama itu mewakili usaha pertama syarikat ke dalam pasaran hartanah bertanah menerusi pembangunan Land 2 dan Land 3, mempamerkan komitmen syarikat untuk mempelbagaikan portfolio dan memenuhi permintaan yang semakin meningkat untuk perumahan berkualiti tinggi di rantau ini.

— BERNAMA

Tags: Iskandar PuteriParagon Globepembangunan
Share214ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

10 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

10 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

10 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

10 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In