• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Monday, April 20, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Lotte Chemical Titan Catat Rugi Bersih RM246.42 Juta Pada Suku Ketiga 2024

in Catalyst
A A
Lotte Chemical Titan Catat Kerugian Bersih RM355.5 Juta Pada Suku Ketiga
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp


KUALA LUMPUR, 6 Nov (Bernama) — Lotte Chemical Titan Holding Bhd (LCT) mencatatkan kerugian bersih tinggi sebanyak RM246.42 juta pada suku ketiga berakhir 30 Sept,2024 berbanding kerugian bersih RM55.58 juta bagi tempoh sama tahun lepas.

Perolehan turut menurun kepada RM1.94 bilion pada Suku Ketiga daripada RM1.96 bilion tahun lepas susulan peningkatan kerugian daripada pertukaran asing dan kerugian lebih tinggi daripada anak syarikatnya, Lotte Chemical USA Corp (LCUSA), kata LCT dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

Bagi tempoh sembilan bulan pertama 2024, kumpulan itu mencatatkan rugi bersih lebih tinggi sebanyak RM673.33 juta berbanding RM593.81 juta tahun lalu, manakala perolehan turut menurun kepada RM5.64 bilion berbanding RM5.79 bilion sebelumnya.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif LCT Park Hyun Chul berkata kumpulan itu berusaha bersungguh-sungguh bagi mengharungi keadaan tidak menentu dalam persekitaran pasaran yang mencabar.

“Ketika purata harga jualan menunjukkan sedikit peningkatan berbanding tahun lalu, industri masih dibebani dengan keadaan pasaran yang tidak menentu dan lebihan bekalan produk petrokimia dari China, yang menjejaskan dinamik bekalan dan permintaan,” katanya.

Menurut Park, Projek Lotte Chemical Indonesia New Ethylene (LINE) di Merak, Indonesia kini hampir siap dan dijangka selesai sepenuhnya pada 2025.

“Sebaik sahaja siap, Projek LINE akan meningkatkan kapasiti pengeluaran kumpulan sebanyak 65 peratus,” katanya.

— BERNAMA

Tags: KeputusanLCTLCUSALINELotterugi
Share210ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

9 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

9 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In