• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Friday, June 5, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Tular Maklumat Palsu, Syarikat EKA Tuntut Permohonan Maaf

in Catalyst
A A
Tular Maklumat Palsu, Syarikat EKA Tuntut Permohonan Maaf

Sumber Gambar : EKA

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

GEORGE TOWN, 28 Sept (Bernama) — Syarikat pengeluaran bihun beras EKA Noodles Bhd telah menghantar notis tuntutan permohonan maaf kepada empat pengguna aplikasi Facebook kerana menularkan maklumat palsu mengenai produk syarikat itu.

Pengerusinya Saffie Bakar berkata kesemua penerima notis perlu memadam kiriman yang telah menjatuhkan jenama syarikat EKA Noodles dan memohon maaf atas kesilapan yang dilakukan dalam masa dua minggu yang mereka juga perlu memberikan penjelasan di laman Facebook EKA Malaysia.

Katanya, isu bermula dengan perkongsian tular bahawa sebuah kilang yang didakwa EKA Noodles Bhd telah diserbu oleh Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) dan pasukan Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP). Hasil serbuan mendapati makanan yang dihasilkan diletakkan di atas lantai dan kilang beroperasi berhampiran kandang khinzir.

“Itu bukan kilang kami. Kilang pengeluaran kami terletak di Kawasan Perindustrian Kuala Ketil, Kedah dan langsung tidak berhampiran dengan mana-mana kandang khinzir…kilang yang telah diserbu itu tidak berkaitan sama sekali dengan kami. Jadi kami akan mengambil tindakan undang-undang terhadap individu tertentu yang cuba mengapi-apikan isu perkauman dan syak wasangka,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Menurut Saffie, pihaknya telah membuat laporan polis pada 24 Sept atas penularan berita palsu itu dan penerima notis yang gagal melaksanakan tuntutan boleh disaman tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali di bawah Seksyen 211 dan 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Beliau menegaskan bahawa semua produk EKA Noodles Berhad telah disahkan halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sejak tahun 2000 dan selama 20 tahun beroperasi, kilang itu tidak pernah diarahkan tutup.

Pada 17 Sept lalu, BKKM Jabatan Kesihatan Pulau Pinang telah mengarahkan sebuah kilang menghasilkan mi sua yang terletak di Kampung Selamat untuk tutup operasi selama 14 hari kerana  keadaan premis yang kotor dan mi diproses di atas lantai serta terletak berhampiran kandang khinzir.

— BERNAMA

Share351ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

10 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

10 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

10 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

10 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In