• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, November 1, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Asas Saham

Bakal Disenarai Di Pasaran Utama, Azam Jaya Bhd Sasar Kumpul RM61.5 Juta Daripada IPO

in Asas Saham
A A
Bakal Disenarai Di Pasaran Utama, Azam Jaya Bhd Sasar Kumpul RM61.5 Juta Daripada IPO
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp


KUALA LUMPUR, 18 Okt (Bernama) — Firma pembinaan infrastrukur jalan raya utama yang berpangkalan di Sabah, Azam Jaya Bhd menyasarkan untuk mengumpul RM61.5 juta daripada tawaran awam permulaan (IPO), yang akan disenaraikan di Pasaran Utama Bursa Malaysia pada 11 Nov, 2024.

Dalam satu kenyataan hari ini, ia berkata RM8.0 juta daripada hasil IPO itu akan diperuntukkan untuk meningkatkan keupayaan pembinaan dan kecekapan operasi syarikat dengan pembelian jentera dan peralatan baharu serta menaik taraf teknologi.

“Selain itu, RM28.4 juta diperuntukkan untuk modal kerja, RM20.0 juta untuk pembayaran semula pinjaman dan RM5.1 juta akan digunakan untuk untuk membayar perbelanjaan penyenaraian,” kata kumpulan itu.

Berkaitan

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

IPO Oxford Innotech Terlebih Langgan 3.42 Kali Menjelang Penyenaraian Di Pasaran ACE

PMCK Berhad Disenaraikan Pada Harga 22.5 Sen Hari Ini, Naik Setengah Sen Daripada Tawaran IPO

Pengarah Eksekutif Datuk Lo Vun Che berkata IPO itu adalah langkah penting untuk strategi pertumbuhan jangka pangjangnya dalam usaha kumpulan itu untuk melaksanakan lebih banyak projek berskala besar.

“Kami berhasrat untuk meningkatkan lagi standard pembinaan di Sabah, memperkenalkan teknik inovatif dan kejuruteraan berkualiti tinggi untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat di rantau ini,” katanya.

Mengenai dividen, Azam Jaya menyasarkan untuk mengagihkan sekurang-kurangnya 30 peratus daripada keuntungan bersih kepada pemegang saham.

Pada masa ini, kumpulan itu terlibat dalam sembilan projek yang sedang dijalankan, termasuk empat pakej kerja untuk Lebuhraya Pan Borneo, menjadikan jumlah nilai kontrak belum dibilkan kepada RM1.45 bilion, memberikan kejelasan pendapatan sehingga 2028.

Lo berkata kumpulan itu berbangga dapat menyumbang kepada pembangunan infrastruktur jalan raya yang terkenal di Sabah, seperti jambatan merentasi Sungai Sitompok dan terowong kenderaan pertama Sabah di Sepanggar, Kota Kinabalu.

Permohonan untuk terbitan awam dibuka hari ini dan akan ditutup pada 5 petang, 24 Oktober 2024.

Inter-Pacific Securities Sdn Bhd ialah penasihat utama, penaja jamin tunggal dan ejen penempatan tunggal untuk pelaksanaan IPO.

— BERNAMA

Tags: Azam Jaya BhdIPOLo Vun ChePasaran Utamapembinaan infrastruktur jalan raya
Share271ShareSend

Related Posts

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

3 months ago
IPO Oxford Innotech Terlebih Langgan 3.42 Kali Menjelang Penyenaraian Di Pasaran ACE
Asas Saham

IPO Oxford Innotech Terlebih Langgan 3.42 Kali Menjelang Penyenaraian Di Pasaran ACE

3 months ago
PMCK Berhad Disenaraikan Pada Harga 22.5 Sen Hari Ini, Naik Setengah Sen Daripada Tawaran IPO
Asas Saham

PMCK Berhad Disenaraikan Pada Harga 22.5 Sen Hari Ini, Naik Setengah Sen Daripada Tawaran IPO

4 months ago
Saham Kajian: NexG Raih Lanjutan Kontrak Dari KDN [8 Julai 2025]
Asas Saham

Saham Kajian: NexG Raih Lanjutan Kontrak Dari KDN [8 Julai 2025]

4 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In