• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, November 1, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Fajarbaru Bangunkan Projek Pembangunan ‘Medi-City’ Di Batu Kawan

in Catalyst
A A
Fajarbaru, PDC Meterai MoU Bagi Bangunkan Bandar Perubatan Di Batu Kawan
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp


KUALA LUMPUR, 14 Okt (Bernama) — Fajarbaru Builder Group Bhd (Fajarbaru) dan Penang Development Corporation (PDC) telah mengorak langkah untuk merealisasikan cadangan pembangunan Medi-City di 95.43 hektar di Batu Kawan, Pulau Pinang selepas menerima surat tawaran daripada PDC hari ini.

Fajarbaru dan agensi itu yang merupakan pemilik benefisial tanah itu menandatangani memorandum persefahaman pada Jun tahun lepas untuk meneroka peluang membangunkan tanah pegangan bebas di Bandar Cassia menjadi hab perubatan dan pembangunan bercampur.

“Terma dan syarat surat tawaran akan dimuktamadkan dalam perjanjian pembelian dan pembangunan induk yang akan ditandatangani antara Fajarbaru dan PDC,” kata kontraktor siap guna dan pemaju hartanah itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

Fajarbaru dalam satu kenyataan medua berkata ia berhasrat untuk membina ekosistem lengkap penjagaan kesihatan dan kemudahan perubatan melalui pembangunan hab perubatan, menawarkan pelbagai penyelesaian penjagaan kesihatan seperti penjagaan pencegahan, pemulihan, diagnostik, rawatan dan perkhidmatan kesihatan.

“Selain itu, Fajarbaru akan membangunkan sebuah perkampungan kesejahteraan, hab pendidikan perubatan, taman teknologi kesihatan hibrid serta pusat komersial tepi pantai (waterfront) Fajarbaru Global Park dan kediaman pemandangan laut,” katanya.

Projek pembangunan itu akan dibahagikan kepada dua parcel dengan Fajarbaru bersedia untuk membeli Parcel 1 seluas 20.71 hektar pada harga RM111.45 juta pada 2025.

Dalam parcel pertama, ia telah menetapkan 6.19 hektar untuk pembangunan komponen berkaitan penjagaan kesihatan termasuk hospital yang mempunyai 200 katil dan pelbagai kemudahan penjagaan kesihatan dan perubatan.

Sementara itu, baki 14.49 hektar adalah untuk pembangunan bercampur, menampilkan komponen kediaman dan komersial.

Harga pembelian Parcel 2 akan dipersetujui oleh pihak terlibat.

“Memandangkan pertumbuhan besar dalam permintaan untuk perkhidmatan penjagaan kesihatan dan perubatan bukan sahaja untuk penduduk tempatan tetapi juga kepada pelancong perubatan, kami percaya terdapat potensi untuk negara dan negeri mendapat manfaat daripada Medi-City.

“Inisiatif ini akan memainkan peranan penting dalam mengukuhkan kedudukan Pulau Pinang sebagai destinasi penjagaan kesihatan global yang terulung, menyokong wawasan jangka panjang kerajaan negeri untuk wilayah itu,” katanya

— BERNAMA 

Tags: Fajarbaru Builder GroupMedi-Citypembangunan hartanahPulau Pinangsurat tawaram
Share252ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

3 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

3 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

3 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

3 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In