• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, April 21, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Top Glove Kurangkan Kerugian Bersih Kepada RM61.81 Juta Bagi Tahun Kewangan 2024

in Catalyst
A A
Keuntungan Bersih Top Glove Susut Kepada RM185.72 Juta

Sumber : The Edge

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp


KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) — Top Glove Corporation Bhd (Top Glove) berjaya mengurangkan kerugian bersihnya kepada RM61.81 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Ogos 2024 daripada RM925.22 juta dalam tempoh sama tahun lepas.

Top Glove dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini berkata perolehan syarikat meningkat sebanyak 11 peratus kepada RM2.52 bilion pada tahun kewangan 2024 daripada RM2.26 bilion sebelum ini, terutamanya disebabkan oleh peningkatan dalam jumlah jualan.

“Prestasi kumpulan yang bertambah baik itu disebabkan oleh peningkatan jumlah jualan apabila pelanggan terus mengisi semula inventori sarung tangan yang membawa kepada kadar penggunaan yang lebih tinggi dan berlaku peningkatan kecekapan kos.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

“Top Glove juga menyaksikan pertumbuhan kukuh di Amerika Syarikat (AS) apabila jumlah jualan melonjak 120 peratus dari suku ke suku, dipacu lagi oleh bilangan tinggi sarung tangan pengeluar asing yang diletakkan pada senarai amaran import Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan AS (FDA),” katanya.

Top Glove berkata kumpulan itu menjangkakan peningkatan lebih besar dalam pertumbuhan jumlah jualan pada suku tahun akan datang dengan tarif tinggi yang akan dikenakan oleh AS ke atas sarung tangan perubatan buatan China.

Mengenai prospek, kumpulan itu menjangkakan peningkatan berterusan dalam pesanan jualan selaras dengan dinamik bekalan permintaan yang positif seiring pemulihan dalam industri yang terus mendapat momentumnya.

“Bagi memastikan kumpulan berada pada kedudukan yang baik untuk memenuhi permintaan sarung tangan yang kembali dengan pantas, pemasangan barisan pengeluaran termaju dihentikan buat sementara waktu kerana berlaku lebihan bekalan dan akan disambung semula di kilang baharu Top Glove.

“Bagaimanapun, kami mengekalkan pendekatan berhati-hati dan optimis untuk rancangan pengembangan kapasiti memandangkan persekitaran perniagaan yang tidak menentu serta boleh dipengaruhi oleh faktor geopolitik,” katanya.

Dalam kenyataan berasingan, Pengarah Urusan Top Glove Lim Cheong Guan berkata prestasi kewangan kumpulan meningkat dengan ketara bagi tahun kewangan 2024, menjadikannya lebih dekat untuk mencapai titik pulang modal.

“Kemajuan konsisten kami dipacu oleh inisiatif peningkatan yang berterusan dan menerusi sokongan berterusan daripada pekerja kami, kumpulan yakin untuk berada di landasan bagi mencapai keuntungan dan pertumbuhan yang mampan,” katanya.

Top Glove juga mencadangkan terbitan bonus sehingga 405.96 waran berdasarkan satu waran untuk setiap 20 saham Top Glove sedia ada, tertakluk kepada kelulusan pemegang saham pada mesyuarat agung tahunan yang akan datang pada Januari 2025.

“Waran boleh dilaksanakan pada bila-bila masa dalam tempoh lima tahun dari tarikh pengeluaran yang harga pelaksanaannya akan diumumkan kemudian,” katanya.

— BERNAMA

Ramai sangat give up dalam saham. Kawan-kawan kami pun ramai dah give up.

Tapi kenapa give up?

Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.

Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.

Hidup ni tak perlu complicated sangat.

Dan tak perlu pun tengok saham ni hari-hari.
Cukup sebulan sekali.

Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:

  • Kita tak perlu melekat di screen
  • Kita boleh bekerja seperti biasa
  • Kurang risiko untuk rugi
  • Set siap-siap bila nak jual saham tu
  • Kurang stress


Insya-Allah berbaloi… Pra-Daftar dahulu & jadi yang terawal untuk tahu sesi seterusnya!

Siap dapat diskaun Early Bird!

SAYA NAK PRA-DAFTAR!

Tags: KeputusanprospekTop Glove
Share248ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

9 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

9 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In