• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Monday, April 20, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Asas Saham

Sorento Capital Sasar Kumpul RM57.4 Juta Daripada IPO

in Asas Saham
A A
Sorento Capital Sasar Kumpul RM57.4 Juta Daripada IPO
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp


KUALA LUMPUR, 7 Okt (Bernama) — Penyedia penyelesaian peralatan sanitari bilik mandi dan dapur, Sorento Capital Bhd menyasar mengumpul RM57.4 juta daripada tawaran awam permulaan (IPO) dan merancang merekrut 200 pengedar baharu di seluruh Malaysia dalam tempoh tiga tahun akan datang.

Syarikat itu dijadualkan disenaraikan di Pasaran ACE Bursa Malaysia pada 28 Oktober ini.

Pengarah Eksekutif Sorento Capital, Jayden Loo Jing Kai berkata syarikat itu tidak bersikap selektif untuk mengembangkan rangkaian pengedarnya di seluruh negara.

Berkaitan

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

IPO Oxford Innotech Terlebih Langgan 3.42 Kali Menjelang Penyenaraian Di Pasaran ACE

PMCK Berhad Disenaraikan Pada Harga 22.5 Sen Hari Ini, Naik Setengah Sen Daripada Tawaran IPO

“Kami mahu meningkatkan kehadiran kami di seluruh negara. Kriteria untuk pengambilan pengedar akan berdasarkan saiz pasaran wilayah tertentu dan kami akan menyesuaikan strategi pemasaran,” kata Loo pada sidang media yang diadakan sempena pelancaran prospektus syarikat tersebut.

Sorento Capital telah mewujudkan rangkaian lebih 600 pengedar di seluruh Malaysia, meningkatkan kebolehcapaian dan kemudahan untuk pelanggannya.

Loo turut menjelaskan rancangan syarikat untuk mengembangkan jualan berasaskan projek, menyasarkan segmen bangunan seperti rumah mampu milik, hotel dan pejabat.

Ia akan melibatkan projek pembinaan dan pengubahsuaian baharu.

Menurut prospektus itu, IPO itu berharga 37 sen sesaham terdiri daripada terbitan awam sebanyak 155 juta saham biasa baharu dan tawaran untuk jualan 74 juta saham sedia ada.

Ia mewakili 18 peratus dan 8.6 peratus, masing-masing daripada modal saham terbitan syarikat yang diperbesarkan sebanyak 860 juta saham selepas penyenaraian berkenaan.

Daripada 155 juta saham baharu itu, 43 juta akan ditawarkan kepada rakyat Malaysia melalui pengundian, 16 juta dikhaskan untuk pengarah, pekerja dan penyumbang layak manakala 96 juta adalah penempatan persendirian dengan pelabur Bumiputera terpilih yang diluluskan oleh Kementerian Pelaburan, Perdagangan, dan Perindustrian (MITI).

Dalam pada itu, RM57.4 juta yang dikumpul akan diperuntukkan seperti berikut: RM31.4 juta (54.7 peratus) untuk modal kerja terutamanya untuk pembelian inventori; RM6 juta (10.5 peratus) bagi aktiviti penjenamaan dan promosi dan RM6 juta (10.5 peratus) untuk mengembangkan rangkaian peniaga dan meningkatkan pengedaran.

Selain itu, RM9 juta (15.6 peratus) digunakan untuk membayar balik pinjaman bank manakala RM5 juta (8.7 peratus) akan menampung perbelanjaan penyenaraian.

Permodalan pasaran syarikat selepas penyenaraian dijangka berjumlah RM318.2 juta.

Permohonan untuk IPO itu bermula hari ini dan akan ditutup pada 15 Oktober depan, pukul 5 petang.

Alliance Islamic Bank Bhd adalah penasihat utama, penaja, penaja jamin dan ejen penempatan.

— BERNAMA

Tags: IPOJayden Loo Jing KaiSorento Capital
Share210ShareSend

Related Posts

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
IPO Oxford Innotech Terlebih Langgan 3.42 Kali Menjelang Penyenaraian Di Pasaran ACE
Asas Saham

IPO Oxford Innotech Terlebih Langgan 3.42 Kali Menjelang Penyenaraian Di Pasaran ACE

9 months ago
PMCK Berhad Disenaraikan Pada Harga 22.5 Sen Hari Ini, Naik Setengah Sen Daripada Tawaran IPO
Asas Saham

PMCK Berhad Disenaraikan Pada Harga 22.5 Sen Hari Ini, Naik Setengah Sen Daripada Tawaran IPO

9 months ago
Saham Kajian: NexG Raih Lanjutan Kontrak Dari KDN [8 Julai 2025]
Asas Saham

Saham Kajian: NexG Raih Lanjutan Kontrak Dari KDN [8 Julai 2025]

10 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In