• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Thursday, April 30, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp


KUALA LUMPUR, 7 Okt (Bernama) — Bursa Malaysia dibuka tinggi sejajar dengan prestasi Wall Street yang positif selepas senarai gaji bukan ladang Amerika Syarikat (AS) pada September mengatasi jangkaan, menunjukkan ekonomi kekal kukuh.

Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 4.46 mata kepada 1,634.43 daripada 1,629.97 pada Jumaat lepas.

Indeks petunjuk pasaran dibuka tinggi 3.61 mata kepada 1,633.58.

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

Suasana pasaran positif dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 218 berbanding 123 manakala 239 kaunter kekal tidak berubah, 1,838 tidak diniagakan dan 15 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 170.99 juta unit bernilai RM83.69 juta.

Senarai gaji bukan ladang AS meningkat sebanyak 254,000 pekerjaan pada bulan lepas selepas semakan semula kepada 159,000 pada Ogos; pengangguran susut kepada 4.1 peratus pada September.

Dalam nota penyelidikan hari ini, Malacca Securities Sdn Bhd menjangka peniaga memantau dan membeli saham teknologi terpilih berdasarkan sentimen positif Wall Street dan ringgit yang rendah sedikit.

“Selain itu, lonjakan harga minyak mentah dan minyak sawit mentah dijangka meningkatkan minat pelabur terhadap sektor minyak dan gas serta perladangan,” katanya. 

Menjelang Belanjawan 2025, katanya peniaga turut dijangka melabur dalam sektor pembinaan, hartanah, bahan binaan dan utiliti.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank dan Tenaga Nasional, masing-masing merosot dua sen kepada RM10.48 dan RM14.26. CIMB berkurangan satu sen kepada RM7.19 manakala Public Bank menambah empat sen kepada RM4.57 dan IHH Healthcare naik tiga sen kepada RM7.25. 

Daripada kaunter aktif, OCR Group merosot setengah sen kepada tiga sen manakala Velesto Energy meningkat satu sen kepada 21.5 sen, 99 Speed Mart menambah enam sen kepada RM2.35, Capital A naik 1.5 sen kepada 88 sen dan Sanichi tidak berubah pada 1.5 sen. 

Di papan indeks, Indeks FBM Emas naik 38.08 mata kepada 12,247.57, Indeks FBM Emas Shariah meningkat 47.27 mata kepada 12,161.48, Indeks FBMT 100 menambah 36.60 mata kepada 11,937.17, Indeks FBM 70 menokok 68.35 mata kepada 17,354.76 dan Indeks FBM ACE naik 16.33 mata kepada 5,125.85.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan menambah 8.72 mata kepada 19,199.40, Indeks Tenaga naik 12.49 mata kepada 905.17, Indeks Perladangan menokok 21.96 mata kepada 7,207.74 serta Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan meningkat 0.24 mata kepada 176.34.

— BERNAMA

Tags: Belanjawan 2025bukaBursa MalaysiaMalacca SecuritiesWall Street
Share205ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In