• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, April 25, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

FBM KLCI Dibuka Tinggi Sedikit

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp


KUALA LUMPUR, 13 Sept (Bernama) — FBM KLCI dibuka tinggi sedikit pagi ini berikutan sentimen berhati-hati menjelang mesyuarat Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) minggu depan untuk memutuskan kadar faedah.

Pada 9.06 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 2.43 mata kepada 1,640.74 daripada 1,638.31 semalam.

Indeks dibuka tinggi 4.32 mata kepada 1,642.63.

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

Suasana pasaran positif dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 183 berbanding 90. Sejumlah 219 kaunter kekal tidak berubah, 1,973 tidak diniagakan dan 26 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 88.90 juta unit bernilai RM95.27 juta.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata sentimen pasaran kekal berhati-hati dan menjangka indeks akan berada dalam julat 1,635 hingga 1,645 hari ini.

“Wall Street ditutup tinggi (semalaman) berikutan aktiviti belian saham pada harga rendah terutamanya dalam saham teknologi permodalan mega menjelang mesyuarat Fed minggu depan.

“Oleh itu, Dow Jones naik 235 mata, Nasdaq menambah 174 mata manakala hasil 10 tahun AS naik kepada 3.68 peratus. Di Hong Kong, Indeks Hang Seng meningkat semula sejajar dengan aliran meningkat serantau,” katanya. 

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank merosot empat sen kepada RM10.60, Public Bank tidak berubah pada RM4.65, CIMB naik 18 sen kepada RM8.11 dan Tenaga meningkat 10 sen kepada RM14.78. IHH tidak berubah pada RM6.65.

Dalam kalangan kaunter aktif, Globetronics merosot 1.5 sen kepada 53.5 sen, Elridge Energy menambah setengah sen kepada 40 sen, GDex naik satu sen kepada 18 sen manakala Pan Malaysia dan Steel Hawk, masing-masing meningkat setengah sen kepada 39 sen dan 34 sen.  

Di papan indeks, Indeks FBM Emas naik 24.05 mata kepada 12,215.70, Indeks FBM Emas Shariah meningkat 39.27 mata kepada 12,028.85 dan Indeks FBMT 100 menambah 22.43 mata kepada 11,929.82.

Indeks FBM 70 naik 50.10 mata kepada 17,144.65 dan Indeks FBM ACE menambah 2.83 mata kepada 5,036.50.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan merosot 57.56 mata kepada 19,454.09, Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan naik 0.47 mata kepada 173.45 dan Indeks Tenaga meningkat 4.77 mata kepada 852.41.

Indeks Perladangan naik 3.93 mata kepada 7,168.45.

— BERNAMA

Tags: bukaBursa MalaysiaFedRakuten TradeThong Pak LengWall Street
Share205ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In