• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Monday, April 27, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

MYEG Bekerjasama Dengan Agensi China Kendali Platform Tetingkap Tunggal Nasional Asean

in Catalyst
A A
MYEG Philippines, SSS PH Bekerjasama Untuk Tingkatkan Pengalaman Pembayaran
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp


KUALA LUMPUR, 6 Sept (Bernama) — MY E.G. Services Bhd (MYEG) telah menandatangani perjanjian tambahan dengan East Logistics Link Co Ltd China untuk membangun dan mengendalikan platform tetingkap tunggal nasional bagi negara-negara Asean. 

East Logistics merupakan sebuah agensi milik penuh Pentadbiran Am Kastam China.

Kerjasama eksklusif itu akan membuka jalan kepada kedua-dua pihak untuk bekerjasama dalam membangunkan serta melaksanakan satu tetingkap nasional bagi memudahkan perdagangan rentas sempadan di rantau ini.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

MYEG berkata kerjasama itu akan memanfaatkan kelebihan masing-masing termasuk rekod prestasinya sebagai penyedia perkhidmatan e-kerajaan terkemuka dan perintis Web 3.

Kerjasama itu juga akan memanfaatkan pengalaman East Logistics dalam penyelidikan serta pembangunan aplikasi standard “tetingkap tunggal” perdagangan antarabangsa China, mengambil bahagian dalam perkhidmatan pembinaan, operasi dan penyelenggaraan untuk perdagangan rentas sempadan e-dagang termasuk sistem maklumat lain.

 “Inisiatif bersama terbaharu ini menandakan hubungan yang lebih mendalam antara MYEG dan East Logistics, dengan kedua-dua entiti itu telah bekerjasama rapat dalam penubuhan ZTrade, perkhidmatan Web 3 pertama seumpamanya yang menyediakan pengesahan serta pertukaran dokumen perdagangan digital pada blok rantai Zetrix,” kata MYEG melalui satu kenyataan hari ini.

MYEG berkata melalui sambungan langsung ZTrade ke platform tetingkap tunggal GACC, dokumen berkaitan perdagangan kritikal boleh diserahkan secara digital melalui platform itu, membolehkan pengguna menikmati pemprosesan dan pelepasan perdagangan yang dipercepatkan.

Ini termasuk sijil asal yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri Malaysia termasuk Pensijilan Fitosanitasi serta sijil-sijil produk lain yang dikeluarkan oleh Kementerian Pertanian dan Keselamatan Makanan selain sijil asal yang diterbitkan oleh GACC di pihak China.

“Sijil-sijil asal ini dikeluarkan dalam bentuk kelayakan yang disahkan pada blok rantai Layer-1 Zetrix,” kata MYEG.

Dalam memajukan lagi penggunaan teknologi Web 3 di Malaysia serta Asean, projek tetingkap tunggal nasional yang sedang diusahakan oleh MYEG dan East Logistics juga dibayangkan akan dibangunkan pada blok rantai Zetrix.

— BERNAMA

Tags: kerjasamaMYEG
Share217ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

9 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

9 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In