• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, April 25, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Jejaki Kemerosotan Wall Street

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp


KUALA LUMPUR, 4 Sept (Bernama) — Bursa Malaysia dibuka rendah berikutan sentimen lemah selepas Wall Street dibuka semula dengan mencatatkan kemerosotan selepas jualan dalam saham teknologi dan bacaan yang lebih rendah daripada jangkaan daripada PMI pembuatan Institut Pengurusan Bekalan (ISM) Amerika Syarikat (AS) yang terkini.

Pada 9.11 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 6.25 mata kepada 1,670.40 daripada 1,676.65 semalam.

Indeks utama dibuka rendah 14 mata kepada 1,662.65.

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

Dalam pasaran secara menyeluruh, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 588 berbanding 78, dengan 203 kaunter tidak berubah, 1,572 tidak diniagakan dan sembilan yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 378.47 juta unit bernilai RM207.93 juta.

Ketua Penyelidikan Pelaburan UOB Kay Hian Wealth Advisors Mohd Sedek Jantan menyifatkan trend penurunan disebabkan sentimen sebagai sementara.

Beliau berkata kelembapan dalam PMI pembuatan ISM, yang menunjukkan ekonomi AS lemah, akan mendorong pelabur mencari peluang pertumbuhan di luar AS berikutan penurunan kadar faedah pada September yang semakin pasti.

“Pasaran akan meningkat. Kami melihat pelabur asing membeli ringgit untuk melabur di Malaysia dengan sasaran saham dalam sektor perkhidmatan seperti utiliti dan kewangan.

“Saya masih mengunjurkan penurunan sebanyak 25 mata asas tetapi jika data senarai gaji bukan ladang AS pada Jumaat ini lebih rendah daripada jangkaan, beberapa penganalisis menjangkakan kemungkinan penurunan sebanyak 50 mata asas,” katanya.

PMI pembuatan ISM AS naik kepada 47.2 daripada 46.8 pada Julai tetapi berada di bawah jangkaan pasaran sebanyak 47.5.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, CIMB dan YTL Power, masing-masing merosot tujuh sen kepada RM8.18 dan RM3.88.

Maxis berkurangan lima sen kepada RM3.76, Press Metal susut enam sen kepada RM4.83 dan YTL turun empat sen kepada RM3.00.

Di kaunter aktif, TWL naik setengah sen kepada 3.0 sen, Vetece meningkat tiga sen kepada 62.5 sen, Talam Transform kekal tidak berubah pada 3.0 sen dan Elridge Energy merosot satu sen kepada 43 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas berkurangan 66.32 mata kepada 12,431.30, Indeks FBM Emas Shariah merosot 88.87 mata kepada 12,222.46 dan Indeks FBMT 100 susut 60.31 mata kepada 12,129.95.

Indeks FBM 70 jatuh 142.57 mata kepada 17,373.92 manakala Indeks FBM ACE berkurangan 90.42 mata kepada 5,134.38.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan merosot 16.74 mata kepada 19,645.27, Indeks Perladangan berkurangan 44.13 mata kepada 7,203.90, Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan susut 1.69 mata kepada 178.27 dan Indeks Tenaga turun 9.92 mata kepada 906.66.

— BERNAMA

Tags: bukaBursa MalaysiaMohd Sedek JantanWall Street
Share217ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In