KUALA LUMPUR, 30 Ogos (Bernama) — Keuntungan bersih Syarikat Takaful Malaysia Keluarga Bhd (Takaful Malaysia) meningkat kepada RM93.10 juta bagi suku kedua berakhir 30 Jun, 2024, daripada RM92.05 juta pada tempoh sama tahun kewangan 2023.
Dalam kenyataan Takaful Malaysia kepada Bursa Malaysia pada Jumaat, perolehan juga meningkat kepada RM998.07 juta daripada RM842.97 juta bagi tempoh sama.
Prestasi itu didorong oleh sumbangan lebih tinggi daripada perniagaan takaful keluarga dan am selain peningkatan perlindungan takaful merentas kedua-dua segmen, tambahnya.
Bagi tempoh separuh pertama tahun kewangan 2024, keuntungan bersih menokok kepada RM195.40 juta daripada RM185.50 juta yang dicatatkan dalam tempoh sama tahun kewangan 2023, manakala perolehan naik kepada RM1.96 bilion daripada RM1.62 bilion.
Takaful Malaysia menjelaskan syarikat merekodkan pendapatan pelaburan bersih RM345.5 juta pada separuh pertama tahun kewangan 2024, berbanding RM251.9 juta semasa tempoh yang sama tahun kewangan sebelumnya.
Ini dipacu oleh kenaikan nilai saksama bersih bagi ekuiti serta pendapatan keuntungan yang meningkat daripada pelaburan pendapatan tetap, tambahnya.
Dalam kenyataan berasingan, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Nor Azman Zainal berkata syarikat mengekalkan kedudukan kukuh dalam industri insurans dan takaful yang kompetitif untuk mencatatkan prestasi kewangan yang berdaya tahan pada separuh pertama tahun kewangan ini.
“Selain mengukuhkan operasi teras dalam bancatakaful, perbendaharaan, faedah pekerja dan takaful am, kami menumpukan usaha untuk mengembangkan perniagaan takaful am melangkaui segmen motor.
“Kami juga mempelbagaikan portfolio dalam pasaran runcit melalui penawaran produk yang komprehensif dan pada harga berpatutan untuk memastikan matlamat pertumbuhan mampan dan perniagaan jangka masa panjang,” katanya.
— BERNAMA
Ramai sangat give up dalam saham. Kawan-kawan kami pun ramai dah give up.
Tapi kenapa give up?
Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.
Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.
Hidup ni tak perlu complicated sangat.
Dan tak perlu pun tengok saham ni hari-hari.
Cukup sebulan sekali.
Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:
- Kita tak perlu melekat di screen
- Kita boleh bekerja seperti biasa
- Kurang risiko untuk rugi
- Set siap-siap bila nak jual saham tu
- Kurang stress

Insya-Allah berbaloi… Pra-Daftar dahulu & jadi yang terawal untuk tahu sesi seterusnya!
Siap dapat diskaun Early Bird!




