• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Thursday, June 4, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Unit T7 Global Raih Kontrak Sistem RMAF Bernilai RM74.6 Juta Daripada MINDEF

in Catalyst
A A
Unit T7 Global Raih Kontrak Sistem RMAF Bernilai RM74.6 Juta Daripada MINDEF
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp


KUALA LUMPUR, 26 Ogos (Bernama) — Anak syarikat T7 Global Bhd (T7 Global), T7 Kemuncak Sdn Bhd memperoleh kontrak bernilai RM74.6 juta daripada Kementerian Pertahanan Malaysia (MINDEF).

T7 Global dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini berkata pihaknya bertanggungjawab membekal, menghantar, menguji dan pengoperasian sistem radar pengawasan lapangan terbang kecil, sistem komunikasi serta peralatan sistem pengurusan trafik udara yang berkaitan kepada Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan kerajaan Malaysia.

 Syarikat itu berkata kontrak berkenaan adalah bagi tempoh lima tahun bermula dari 5 Ogos, 2024 hingga 4 Ogos, 2029.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

Menurut kumpulan berkenaan, pemberian kontrak tersebut tidak akan memberi kesan ke atas jumlah modal saham terbitan dan pegangan saham pemegang saham utama syarikat itu bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis 2024.

“Ahli Lembaga Pengarah menjangkakan kontrak itu akan memberi sumbangan positif kepada pendapatan dan aset bersih syarikat bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis 2024 dan seterusnya,” katanya.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan T7 Global Tan Kay Zhuin berkata kontrak berkenaan menunjukkan keupayaan kumpulan untuk membangunkan penyelesaian bersepadu kepada TUDM, yang merangkumi sistem radar pengawasan udara berprestasi tinggi bagi memastikan keselamatan, kebolehpercayaan dan kecekapan yang dipertingkat.

“Dengan kontrak ini, kami terus komited untuk mempelbagaikan aliran pendapatan kami dan menyokong pertumbuhan mampan untuk kumpulan,” katanya.

T7 Global ialah penyedia penyelesaian terkemuka terutamanya dalam perniagaan penyelesaian tenaga dan perindustrian dengan kehadiran kukuh di seluruh Asia, menyediakan perkhidmatan kepada pelbagai pelanggan dalam industri minyak dan gas, aeroangkasa serta am.

— BERNAMA

Tags: Kementerian PertahananT7 GlobalT7 Kemuncak
Share232ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

10 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

10 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

10 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

10 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In