• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, April 25, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Kerugian Bersih Pos Malaysia Meningkat Kepada RM55.92 Juta Pada Suku Kedua

in Catalyst
A A
Kerugian Bersih Pos Malaysia Berkurangan Kepada RM33.6 Juta
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp


KUALA LUMPUR, 21 Ogos (Bernama) — Kerugian bersih Pos Malaysia Bhd bagi suku kedua berakhir 30 Jun 2024 meningkat kepada RM55.92 juta daripada RM27 juta kerugian bersih dicatatkan setahun lalu.

Hasil susut kepada RM443.43 juta daripada RM465.20 juta yang sebelumnya disumbangkan oleh pendapatan lebih rendah dalam segmen pos dan logistik.

Bagi separuh kedua 2024, kerugian bersihnya naik kepada RM75.61 juta daripada RM54.67 juta kerugian bersih pada tahun sebelumnya manakala hasil lebih rendah pada RM935.40 juta daripada RM947.47 juta.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

Pos Malaysia berkata dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini bahawa hasil segmen pos merosot sebanyak 10 peratus disebabkan penurunan dalam jumlah mel pukal yang dikendalikan dan volum antarabangsa lebih rendah pada suku tersebut.

Segmen logistik juga mencatatkan hasil lebih rendah pada RM67.2 juta berbanding RM79.9 juta pada suku kedua tahun kewangan 2023.

“Penurunan ini kebanyakannya disebabkan oleh jumlah yang lebih rendah dikendalikan daripada perniagaan automotif dan pengurusan kargo,” katanya.

Bagaimanapun, segmen penerbangan menyumbangkan hasil lebih tinggi sebanyak RM88.0 juta berbanding RM73.1 juta pada suku kedua tahun kewangan 2023 kebanyakannya disebabkan oleh perniagaan katering dalam penerbangan dengan jumlah makanan yang lebih tinggi.

“Walaupun hasil yang lebih tinggi, keuntungan sebelum cukai lebih rendah disebabkan kos operasi lebih tinggi yang berkaitan dengan perniagaan pengendalian kargo dan pergudangan e-dagang. Segmen lain terus berkembang dengan sihat dengan peningkatan hasil yang disumbangkan terutamanya daripada peningkatan dalam penjualan sijil digital,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya Charles Brewer dalam satu kenyataan berasingan berkata beliau mengaitkan prestasi suku kedua yang lebih lemah daripada dijangkakan kepada persekitaran pasaran mencabar yang berlanjutan khususnya berkaitan segmen bungkusan.

“Walaupun kesukaran yang dihadapi pada suku kedua, Pos Malaysia kekal optimistik tetapi pada masa sama berhati-hati mengenai prestasi kewangan tahunannya dan komited kepada pelan transformasinya termasuk mempercepatkan perniagaan diterajui margin, meneruskan pengurusan kos dan kapasiti serta mengguna teknologi digital,” katanya .

Mengenai prospek dalam segmen runcit, Pos Malaysia akan menambah baik perkhidmatannya antaranya Pos Shop, Pos Fulfil, Redly Express dan mencipta pengalaman pelanggan menerusi ‘omnichannel’.

Omnichannel adalah pendekatan berpusatkan pelanggan, menyediakan dan mengintegrasikan pengalaman dengan lancar di pelbagai saluran secara dalam talian dan luar talian.

“Bagi segmen logistik, tumpuan kekal pada pengembangan ke segmen industri baharu dan meluaskan bahagian pasaran dalam sektor automotif yang menarik,” katanya.

Dalam pada itu, segmen penerbangan pula akan memfokuskan pengembangan domestik dan memanfaatkan usaha sama baru-baru ini dengan SIA Engineering Company Ltd.

— BERNAMA

Tags: kerugian bersihPos Malaysia
Share218ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

9 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

9 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In