Penubuhan Bursa Saham Malaya dan dagangan saham awam negara bermula seawal 9 Mei 1960 di mana sistem papan catatan mempunyai bilik dagangan di Singapura dan Kuala Lumpur yang disambungkan menerusi talian telefon secara terus.
Bursa Saham Malaya pula mula bertukar nama kepada Bursa Saham Malaysia pada tahun 1967 selepas sejarah pemisahan Singapura termasuklah hal ehwal pasaran saham mereka tersendiri.

Acapkali kita kaitkan Bursa Malaysia tempat pelaburan saham atau ekuiti untuk pasaran dalam negara. Bangga juga sebagai anak Malaysia apabila syarikat ternama di mata dunia seperti Petronas, MISC, Top Glove, Maybank dan Hartalega yang pada asalnya permulaan dagangan awam mereka bermula dari Bursa Malaysia juga.
Namun tahukah anda, Bursa Malaysia tidak terhad kepada dagangan saham awam sahaja?
Bursa Malaysia Derivatives Berhad (BMD)
BMD ditubuhkan pada tahun 1993 sebagai sebuah subsidiari Bursa Malaysia Berhad. Ia bertanggungjawab untuk menyediakan platform jual beli, operasi dan mengawal selia semua pasaran terbitan derivatif di Malaysia.
Terdapat 3 kategori derivatif di bawah seliaan BMD;
- Komoditi Hadapan (Futures)
- Minyak Sawit Mentah (MSM) bersandarkan Ringgit Malaysia (RM)
- Opsyen Minyak Sawit Mentah (MSM) bersandarkan Ringgit Malaysia (RM)
- Minyak Sawit Olein bersandarkan US Dolar (USD)
- Minyak Sawit Kernel bersandarkan US Dolar (USD)
- Emas
- Timah
- Derivatif Ekuiti
- FTSE Bursa Malaysia KLCI
- Opsyen FTSE Bursa Malaysia KLCI
- Pasaran Hadapan Syarikat (Single Stock Futures)
- Derivatif Kewangan
- Kadar Tawaran Antara Bank Kuala Lumpur (KLIBOR) 3 Bulan Kuala Lumpur
- Sekuriti Hadapan 3 Tahun Kerajaan Malaysia
- Sekuriti Hadapan 5 Tahun Kerajaan Malaysia
- Sekuriti Hadapan 10 Tahun Kerajaan Malaysia
Pernah rakan–rakan ajak anda berdagang FCPO? Futures Crude Palm Oil (FCPO) atau Minyak Sawit Mentah (MSM) merupakan salah satu instrumen yang boleh kita dagangkan di Bursa Malaysia.
FCPO di kawal selia oleh BMD sering menjadi tumpuan para pelabur apabila arah pergerakan pasaran Bursa Malaysia tidak menentu. Hal ini kerana, FCPO boleh menjana keuntungan dengan pasaran dua hala. Erti kata lain, harga sawit per tan naik kita boleh jana keuntungan, harganya jatuh pun kita boleh jana keuntungan juga.

Tahukah anda, pasaran MSM kita juga boleh diakses melalui platform Chicago Mercantile Exchange (CME)? Pada tahun 2009, Chicago Mercantile Exchange (CME) telah memperoleh 25% kepentingan BMD, manakala 75% lagi dipegang oleh Bursa Malaysia Berhad.
Pada tahun 2010, produk BMD dihijrahkan ke platform perdagangan elektronik CME Globex® agar lebih terserlah dan mudah diakses oleh pedagang antarabangsa.
Bursa Malaysia Securities Berhad (BMSB)
Sebenarnya, Bursa Malaysia yang selalu kita rujuk adalah Bursa Malaysia Securities Berhad atau singkatannya BMSB. Berbeza dengan BMD, BMSB bertanggungjawab untuk menyediakan platform jual beli, operasi dan mengawal selia semua pasaran sekuriti atau saham di Malaysia.
Saham ialah sekuriti yang mewakili sebahagian modal pemilik di dalam syarikat. Pemegang saham merupakan pemilik perniagaan dan berkongsi kejayaan atau kegagalan sesebuah syarikat. Prestasi syarikat ini boleh diukur dengan jumlah dividen yang diterima oleh pemegang saham dan juga turun naik harga saham.
Saham–saham syarikat pula didadagangkan di 3 papan iaitu; Pasaran Utama, Pasaran ACE dan Pasaran LEAP.

Sumber : Bursa Malaysia
Terdapat beberapa produk yang ditawarkan di bawah BMSB;
- Saham dan juga Saham Patuh Syariah (i-Stock)
- Korporat Waran
- Waran Berstruktur
- Amanah Pelaburan Hartanah Patuh Syariah (‘Shariah-compliant Real Estate Investment Trust’ atau ‘i-REIT’)
- Dana Dagangan Bursa Patuh Syariah (‘Shariah-compliant Exchange Traded Fund’ atau ‘i-ETF’)
- Bon dan Sukuk Dagangan Bursa (‘Exchange Traded Bonds and Sukuk’ atau ‘ETBS’)
Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.
Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.
Hidup ni tak perlu complicated sangat.
Dan tak perlu pun tengok saham ni hari-hari.
Cukup sebulan sekali.
Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:
- Kita tak perlu melekat di screen
- Kita boleh bekerja seperti biasa
- Kurang risiko untuk rugi
- Set siap-siap bila nak jual saham tu
- Kurang stress

Kami janji berbaloi……
>> Bawa kawan atau pasangan dan Daftar PERCUMA di Webinar Swing Trading Reloaded!




![Saham Kajian: NexG Raih Lanjutan Kontrak Dari KDN [8 Julai 2025]](https://thekapital.my/wp-content/uploads/2025/07/250708-TheKapital-Featured-NexG-360x180.jpg)