• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Thursday, April 30, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham

Batu Kawan, KLK Catat Untung Bersih Suku Ketiga Lebih Tinggi

in Saham
A A
Keuntungan Bersih Batu Kawan Naik Kepada RM417.28 Juta Bagi Tahun Kewangan 2020
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp


KUALA LUMPUR, 19 Ogos (Bernama) — Batu Kawan Bhd mencatatkan keuntungan bersih yang lebih tinggi kepada RM131.03 juta bagi suku ketiga berakhir 30 Jun, 2024 (S3) daripada RM82.80 juta pada suku yang sama tahun sebelumnya.

Hasil pada suku itu turut melonjak kepada RM5.68 bilion berbanding RM5.35 bilion sebelumnya, katanya dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

Syarikat itu mengaitkan peningkatan hasilnya dengan prestasi segmen perladangan, yang mana keuntungan melonjak tiga kali ganda kepada RM369.37 juta terutamanya disebabkan oleh harga jualan minyak sawit mentah (MSM) dan isirung sawit (PK) yang lebih tinggi serta jumlah jualan yang meningkat.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

Keuntungan yang lebih tinggi itu turut disumbangkan oleh kos pengeluaran MSM yang rendah dan kerugian nilai saksama yang lebih rendah sebanyak RM2.21 juta pada penilaian tandan buah segar (TBS) yang belum dituai, tambahnya.

Bagi tempoh sembilan bulan kumulatif berakhir 30 Jun, 2024, keuntungan bersih syarikat susut kepada RM327.49 juta daripada RM438.16 juta manakala hasil turun kepada RM17.17 bilion daripada RM18.64 bilion sebelumnya.

Sementara itu, syarikat bersekutu 47.74 peratus milik Batu Kawan iaitu Kuala Lumpur Kepong Bhd (KLK) melaporkan keuntungan bersih sebanyak RM240.18 juta pada suku ketiga berbanding RM84.10 juta pada suku yang sama tahun lalu disebabkan sumbangan yang lebih tinggi daripada sektor perladangan.

Hasil naik kepada RM5.50 bilion pada suku ketiga daripada RM5.11 bilion sebelumnya, disokong oleh hasil yang lebih tinggi dalam pembuatan dan sumbangan keuntungan yang lebih baik daripada bahagian oleokimia, katanya dalam makluman berasingan kepada bursa itu.

Bagaimanapun, untung bersih kumpulan itu bagi tempoh sembilan bulan jatuh kepada RM584.19 juta daripada RM717.95 juta dalam tempoh yang sama setahun lalu, manakala hasil berkurangan kepada RM16.59 bilion berbanding RM17.87 bilion sebelumnya.

KLK berkata keuntungan daripada sektor perladangan meningkat lebih dua kali ganda kepada RM363.4 juta pada suku ketiga tahun kewangan berakhir 30 Sept, 2024 berbanding RM125.9 juta pada suku ketiga tahun kewangan 2023.

Prestasi yang baik itu dipacu oleh harga jualan MSM dan PK yang lebih baik, volum jualan yang lebih tinggi serta kos pengeluaran yang lebih rendah.

Kumpulan itu menyatakan harga MSM telah turun dengan ketara kepada kira-kira RM3,800 setan. Bagaimanapun, ia menjangkakan keuntungan segmen perladangan yang kukuh akan terus menyumbang dengan ketara kepada penjanaan keuntungan keseluruhannya.

“Segmen perladangan kumpulan akan kekal berdaya tahan dan terus menjadi penyumbang penting kepada prestasi keseluruhan. Pemulihan dalam operasi di Eropah akan memberikan sedikit dorongan kepada keuntungan,” kata KLK.

Sementara itu, Batu Kawan juga menjangkakan segmen perladangan kumpulan akan terus menyumbang dengan ketara kepada keuntungan kumpulan.

Bagaimanapun, ia berkata prestasi kewangan keseluruhan untuk tahun kewangan 2024 akan terus terjejas disebabkan syarikat bersekutu milik 26.89 peratus KLK iaitu Synthomer melaporkan kerugian akibat industri kimia berhadapan dengan suasana perniagaan yang sukar.

— BERNAMA

Tags: Batu Kawankeputusan kewanganminyak sawit mentahperladangansuku ketiga
Share205ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

9 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif
Saham

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

9 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In