KUALA LUMPUR, 16 Ogos (Bernama) — Tawaran awam permulaan (IPO) Vetece Holdings Bhd untuk rakyat Malaysia telah terlebih langgan sebanyak 187.41 kali menjelang penyenaraiannya di Pasaran ACE pada 28 Ogos, 2024.
Vetece terlibat dalam penyediaan perkhidmatan pelaksanaan penyelesaian teknologi maklumat (IT) perusahaan serta penyelenggaraan, sokongan, perkhidmatan profesional dan penjualan semula perkakasan dan perisian.
Kumpulan itu berkata sebanyak 31,054 permohonan untuk 3.69 bilion saham bernilai RM923.23 juta telah diterima daripada rakyat Malaysia bagi 19.6 juta saham yang tersedia, mewakili kadar lebihan langganan sebanyak 187.41 kali.
“Sebanyak 9.8 juta saham terbitan yang tersedia untuk permohonan oleh pengarah yang layak, pengurusan kanan utama, pekerja dan penyumbang kepada kejayaan Vetece telah dilanggan sepenuhnya.
“Selain itu, sebanyak 68.6 juta saham terbitan dan 39.2 juta saham tawaran yang ditawarkan melalui penempatan persendirian kepada pelabur-pelabur terpilih juga telah diperuntukkan sepenuhnya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Pengerusi Eksekutifnya Vernon Tee Chee Chiang berkata hasil daripada IPO itu akan memainkan peranan penting dalam mempercepatkan inisiatif strategik syarikat termasuk memperluaskan capaian pasaran dan meningkatkan portfolio penyelesaian IT perusahaannya.
“Dengan menumpukan kepada inovasi dan keperluan pelanggan, kami berhasrat untuk mengukuhkan kedudukan kami sebagai salah satu penyedia utama penyelesaian IT perusahaan, baik di dalam negara mahupun di peringkat serantau,” katanya.
Dengan harga IPO 25 sen sesaham, Vetece menyasarkan untuk mengumpul RM24.50 juta, meraih permodalan pasaran sebanyak RM24.50 juta semasa penyenaraiannya, dengan modal saham terbitan yang diperbesar sebanyak 392 juta saham.
Kenanga Investment Bank Bhd adalah penasihat utama, penaja, penaja jamin dan ejen penempatan bagi IPO tersebut.
— BERNAMA
Jika kita telah ada kesedaran untuk melabur saham maka bersyukurlah, sebab masih ramai yang belum tahu.
Pelaburan paling besar adalah pada diri sendiri.Mulakan sekarang.
Segala persoalan anda tentang saham akan terjawab

Padat dengan benda penting. Sesuai untuk :
1. “Zero” dan Newbies dalam saham
2. Yang mencari buku rujukan asas saham
3. Ulangkaji terma-terma ‘jargon’ dalam dunia saham
4. Dijadikan rujukan sebelum dan selepas pergi seminar
5. Anak-anak bersekolah menengah / Kolej / Universiti
Buku ini berwarna, penuh grafik dan contoh-contoh yang mudah untuk difahami.
Cuma…Buku ini tak banyak. Dapatkan sebelum terlambat.
Miliki sekarang sebab masih ada harga istimewa ->





![Saham Kajian: NexG Raih Lanjutan Kontrak Dari KDN [8 Julai 2025]](https://thekapital.my/wp-content/uploads/2025/07/250708-TheKapital-Featured-NexG-360x180.jpg)