• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Monday, June 8, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Keuntungan Bersih S P Setia Melonjak Kepada RM295.03 Juta

in Catalyst
A A
Untung Bersih Suku Kedua SP Setia Naik Kepada RM80.09 Juta
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

KUALA LUMPUR, 14 Ogos (Bernama) — Keuntungan bersih S P Setia Bhd melonjak kepada RM295.03 juta pada suku kedua berakhir 30 Jun 2024 berbanding RM43.06 juta yang dicatatkan semasa suku yang sama tahun kewangan 2023 selepas dirangsang oleh penjualan tanah.

Pendapatan menokok kepada RM1.49 bilion daripada RM942.71 juta, disumbangkan oleh segmen pembangunan hartanah.

Pemaju hartanah itu melalui satu makluman kepada Bursa Malaysia hari ini berkata segmen pembangunan hartanah mencapai pendapatan RM1.43 bilion pada suku kedua tahun kewangan 2024, meningkat RM555.6 juta atau 64 peratus berbanding suku kedua tahun kewangan sebelum ini selepas dirangsang oleh sumbangan daripada jualan tanah di Taman Pelangi Indah 2, Johor.

Pendapatan jualan tanah mencecah RM564 juta pada suku yang disemak daripada RM86 juta dalam tempoh yang sama tahun lalu.

Projek-projek domestik serta antarabangsa dalam pembinaan dan siap, turut menyumbang kepada keputusan yang positif ini. Ia juga menerima hasil daripada operasi lain seperti hartanah perkilangan dan pelaburan merangkumi menara pejabat, pusat beli-belah runcit, pusat konvensyen dan hotel.

Dalam satu kenyataan berasingan kepada bursa, kumpulan itu menjelaskan pada suku kedua tahun kewangan 2024, S P Setia telah memuktamadkan pelupusan 50 peratus pegangan ekuitinya dalam Retro Highland Sdn Bhd kepada MMC Land Sdn Bhd berkaitan projek pembangunan semula Taman Ikan Emas, Cheras, yang menghasilkan keuntungan RM56 juta.

Sementara itu, untuk tempoh enam bulan pertama, keuntungan bersih syarikat telah naik kepada RM372.36 juta berbanding RM98.51 juta, dengan hasil lebih tinggi sebanyak RM2.97 bilion daripada RM1.91 bilion sebelumnya.

Setakat ini, angka jualan tanah dan pembangunan S P Setia adalah berjumlah RM2.3 bilion, melangkaui lebih 50 peratus daripada sasaran tahun kewangan 2024 kumpulan sebanyak RM4.4 bilion.

Projek tempatan menyumbang kira-kira 96 ​​peratus daripada jualan pembangunan, manakala wilayah Tengah mendominasi jualan pembangunan pada 60 peratus terutamanya dari Taman Perindustrian Setia Alaman.

Di Johor, prestasi jualan teguh wilayah Selatan menyumbang kira-kira 35 peratus daripada jualan pembangunan, dengan potensi pertumbuhan selanjutnya dijangka datang daripada kemajuan infrastruktur Rapid Transit System Link serta penubuhan Zon Ekonomi Khas Johor Bahru–Singapura menjelang akhir tahun.

“Kami optimis mengenai operasi serta tinjauan kewangan kami untuk sepanjang tahun kewangan. Prestasi ini menggariskan fokus strategik kami terhadap pasaran di Malaysia, khususnya wilayah Selatan dan Tengah,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Choong Kai Wai.

Katanya, S P Setia akan terus meneroka peluang pelaburan yang boleh dilaksanakan serta potensi perkongsian strategik membabitkan tanah yang diperuntukkan untuk pembangunan taman perindustrian, khususnya di Setia Alaman dan Wilayah Selatan.

Selain itu, kumpulan itu bersedia untuk melancarkan projek utama seperti fasa pertama Bukit Persekutuan Setia di Jalan Bangsar, Kuala Lumpur, dengan anggaran nilai pembangunan kasar sebanyak RM1.4 bilion.

Hutang kumpulan telah menurun dengan ketara sebanyak RM700 juta dalam tempoh enam bulan kepada RM9.4 bilion menjelang suku kedua tahun kewangan 2024 daripada RM10.1 bilion pada suku keempat tahun kewangan 2023.

Nisbah penggearan bersih secara konsisten mengukuh sejak beberapa suku lepas kepada 0.41 kali pada suku kedua tahun kewangan 2024 berbanding 0.49 kali pada suku keempat tahun kewangan 2023 disebabkan oleh keberkesanan pengurusan hutang dan strategi peruntukan modal kumpulan itu. 

Ia juga mencapai kemajuan mantap dalam pelupusan inventori, dengan pengurangan stok berjumlah RM244 juta berbanding paras semasa suku keempat tahun kewangan 2023, mewakili pelepasan 15 peratus secara progresif melalui usaha bersepadu di seluruh kumpulan.

— BERNAMA

Tags: S P Setia
Share210ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

10 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

10 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

10 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

10 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In