• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Monday, April 20, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Keuntungan Bersih MR D.I.Y. Melonjak Kepada RM155.21 Juta

in Catalyst
A A
Model Perniagaan Berdaya Tahan MR DIY Tawar Pendapatan Mampan
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 13 Ogos (Bernama) — Keuntungan bersih MR D.I.Y. Group (M) Bhd melonjak kepada RM155.21 juta pada suku kedua berakhir 30 Jun 2024 berbanding RM150.32 juta yang dicatatkan dalam tempoh yang sama tahun lepas, sejajar dengan hasil serta untung kasar yang lebih baik tetapi diimbangi oleh perbelanjaan operasi lain yang lebih tinggi.

Pendapatan bagi suku semasa meningkat 8.8 peratus kepada RM1.19 bilion daripada RM1.09 bilion, dipacu oleh sumbangan positif daripada kedai baharu, katanya dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia hari ini. 

“Pada suku tersebut, kumpulan itu telah membuka 42 cawangan baharu, menjadikan jumlah keseluruhan kedai setakat separuh pertama 2024 kepada 1,340 kedai, yang menandakan penambahan sebanyak 14.7 peratus dari tahun ke tahun berbanding tempoh yang sama pada tahun sebelumnya.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

“Lonjakan dalam hasil ini telah membawa kepada peningkatan tujuh peratus dari tahun ke tahun dalam keuntungan kasar kepada RM544.7 juta. Margin keuntungan kasar bagi suku kedua kekal stabil pada 45.5 peratus berbanding tempoh yang sama pada 2023, berikutan normalisasi isu rantaian bekalan dan kos pengangkutan,” katanya.

MR.D.I.Y ketika mengulas mengenai prospek berkata kumpulan itu kekal fokus pada peningkatan hasil serta pendapatan secara mampan sambil menyampaikan pertumbuhan dan nilai jangka panjang kepada pihak yang berkepentingan.

Pada suku semasa, kumpulan itu membuat pelaburan strategik dalam rantaian runcit KKV, yang dijangka memberikan pertumbuhan pendapatan masa hadapan dengan menarik pangkalan pelanggan yang lebih luas selain mengembangkan tawaran runcitnya .

“Kumpulan itu juga kekal di landasan untuk membuka sekurang-kurangnya 180 kedai baharu secara strategik serta optimis mengenai prospek pertumbuhannya memandangkan sentimen pengguna dan persekitaran perniagaan yang telah bertambah baik,” katanya. 

Kumpulan itu mengisytiharkan dividen interim satu peringkat sebanyak 12 sen sesaham biasa, kira-kira RM113.4 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis 2024, yang akan dibayar menjelang 13 Sept 2024.

Dalam kenyataan berasingan, peruncit pembaikan rumah terbesar di Malaysia itu berkata kumpulan tersebut bersedia untuk membuat rekod 73.1 peratus nisbah pembayaran dividen bagi suku kedua, sehingga 50.2 peratus dari tahun ke tahun dan hasil suku kedua yang lebih baik.

Menurut MR D.I.Y, dividen itu adalah pembayaran tertinggi yang dicatatkan oleh kumpulan sejak tawaran awam permulaannya pada 2020.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Adrian Ong berkata rekod pembayaran dividen itu mencerminkan penghargaan kumpulan kepada para pemegang sahamnya dan keyakinan dalam mengembangkan perniagaannya. 

“Kami telah berjaya dalam usaha strategik kami untuk terus membina perniagaan yang memberikan pulangan yang konsisten serta mampan kepada para pemegang saham, dan rekod prestasi kami untuk pembayaran dividen sejak penyenaraian kami pada 2020 mencerminkan perkara ini.

“Lembaga berpandangan bahawa pemegang saham kami harus diberi ganjaran atas kesetiaan mereka yang teguh kepada perniagaan walaupun menghadapi cabaran yang terus melanda pasaran runcit Malaysia,” katanya.

— BERNAMA

Tags: Keputusankeuntungan bersihMR D.I.Y.
Share215ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

9 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

9 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In