• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, April 25, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 13 Ogos (Bernama) — Bursa Malaysia dibuka rendah hari ini berikutan aktiviti pengambilan untung yang sederhana dalam kebanyakan indeks susulan sentimen yang berhati-hati, kata penganalisis. 

Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 3.95 mata kepada 1,602.71 daripada 1,606.66 pada Isnin.

Indeks dibuka rendah 0.82 mata kepada 1,605.84.

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

Dalam pasaran secara menyeluruh, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 188 berbanding 124, dengan 266 kaunter tidak berubah, 1,868 tidak diniagakan dan sembilan yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 148.15 juta unit bernilai RM71.58 juta.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata dengan FBM KLCI kini melebihi paras 1,600 yang disokong oleh institusi tempatan, ia akan mewujudkan keyakinan dalam permodalan yang lebih kecil.

Justeru, katanya jumlah harian dijangka meningkat pada masa depan.

Beliau berkata harga minyak mentah kukuh berikutan ketegangan yang meningkat di Timur Tengah dan data ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang lebih positif, dengan harga minyak mentah Brent mencecah hampir US$81 setong.

“Kami menjangka indeks akan berada dalam julat 1,600-1,615 hari ini berikutan sentimen pasaran yang kekal berhati-hati,” katanya.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Press Metal Aluminium merosot 8.0 sen kepada RM4.94, Maxis berkurangan 6.0 sen kepada RM3.48, YTL Corporation susut 4.0 sen kepada RM3.27, Public Bank turun 2.0 sen kepada RM4.24 dan YTL Power International merosot 3.0 sen kepada RM4.43. 

Daripada kaunter aktif, Sik Cheong naik 19.5 sen kepada 46.5 sen, Nova MSC menambah setengah sen kepada 22 sen dan Barakah tidak berubah pada 7.5 sen manakala Cape EMS dan Tanco, masing-masing susut 1.0 sen kepada 49.5 sen dan 98 sen.

Kuala Lumpur Kepong mendahului senarai kaunter paling rugi apabila ia merosot 18 sen kepada RM20.68, diikuti Petronas Dagangan dan PPB Group, yang masing-masing berkurangan 14 sen kepada RM17.68 dan RM14.56 serta Sunway Construction Group susut 11 sen kepada RM4.52. 

Di papan indeks, Indeks FBM Emas merosot 26.93 mata kepada 12,228.29, Indeks FBMT 100 berkurangan 27.47 mata kepada 11,857.28, Indeks FBM 70 susut 34.68 mata kepada 17,805.06 dan Indeks FBM Emas Shariah turun 24.63 mata kepada 12,377.72.

Bagaimanapun, Indeks FBM ACE meningkat 16.44 mata kepada 5,463.72.  

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan merosot 26.60 mata kepada 18,144.88, Indeks Tenaga naik 2.84 mata kepada 929.25, Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan berkurangan 0.35 mata kepada 181.17, Indeks Perladangan susut 10.22 mata kepada 7,103.33 dan Indeks Teknologi merosot 0.02 mata kepada 71.69.

— BERNAMA

Tags: bukaBursa MalaysiaFBM KLCIRakuten TradeWall Street
Share204ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In