Tahun ini semakin banyak syarikat yang memilih untuk disenaraikan atas kelebihan-kelebihan disenaraikan di Bursa Malaysia. Syarikat yang berkembang akan disenaraikan terlebih dahulu di Pasaran Ace. Setelah menepati syarat-syarat untuk disenaraikan di Pasaran Utama, maka syarikat boleh berpindah dari Papan Ace ke Papan Utama.
Sekarang ini terdapat satu IPO patuh syariah yang sedang dibuka untuk permohonan sehingga 14 Ogos 2024.
1. Latar Belakang Syarikat & Model Perniagaan
Vetece ialah penyedia penyelesaian teknologi maklumat (IT) perusahaan dengan portfolio meliputi penyepaduan aplikasi dan pengurusan daftar masuk tunggal, kejuruteraan dan analitik data, pengurusan perhubungan pelanggan, ujian perisian serta infrastruktur peralatan dan perisian di premis dan awan (cloud).
Model perniagaan Vetece boleh digambarkan seperti berikut.
Selepas disenaraikan, berikut merupakan pecahan pegangan saham bagi pemegang saham utama dan pelabur awam.
2. Tarikh-Tarikh Penting
Tarikh pembukaan bagi IPO yang berharga 25 sen seunit ini adalah bermula dari 8 Ogos 2024 dan ditutup pada 14 Ogos 2024. Tempoh selama seminggu diberikan untuk anda membuat keputusan.
Tarikh cabut undi pula adalah 16 Ogos 2024 dan IPO ini akan dikreditkan ke dalam akaun CDS pelabur yang berjaya pada 23 Ogos 2024. Vetece bakal disenaraikan di Papan Ace Bursa Malaysia pada 28 Ogos 2024.
3. Jumlah Dagangan Saham Yang Bakal Diapungkan
IPO ini meliputi terbitan awam sebanyak 98 juta saham biasa baharu mewakili 25% daripada modal saham yang diperbesarkan, serta tawaran penjualan 39.2 juta saham sedia ada atau 10% daripada modal saham yang diperbesarkan, melalui tawaran persendirian kepada pelabur terpilih.
Daripada 98 juta saham baharu itu, sebanyak 19.6 juta saham baharu akan disediakan untuk orang ramai Malaysia melalui pengundian.
Sebanyak 9.8 juta unit diperuntukkan untuk pengarah, kalangan tenaga kerja pengurusan kanan utama, pekerja serta individu yang menyumbang kepada kejayaan syarikat.
Berdasarkan modal saham terbitan yang diperbesarkan sebanyak 392 juta saham dan harga IPO 25 sen sesaham, Vetece akan mempunyai permodalan pasaran sebanyak RM98 juta apabila disenaraikan.
4. Kegunaan Dana IPO
Vetece menyasarkan untuk mengumpul sebanyak RM24.50 juta daripada penyenaraian ini. Dana tersebut bakal digunakan untuk pelbagai perkara.
RM6.5 juta atau 26.6% dana akan digunakan untuk yuran pelesenan perkakasan dan perisian. Kos penyenaraian juga dilihat tinggi apabila perlu mengeluarkan sebanyak RM4.696 juta atau 19.17%.
Kemudian, sebanyak 16.34% akan digunakan untuk membayar semula kos penyenaraian tersebut.
Bakinya bakal digunakan untuk menubuhkan pusat kecemerlangan dalam mengembangkan lagi jejak geografi, memperkukuh operasi Singapura dalam usaha memanfaatkan peranan negara sebagai pintu masuk ke rantau Asia Pasifik, dan memperkenalkan penyelesaian pengendalian dan analitik data dipacu AI.
5. Segmen Pendapatan
Segmen Pendapatan Berdasarkan Servis

Jika dilihat kepada rekod pendapatan tahun-tahun sebelumnya, majoriti pendapatan Vetece Holdings datangnya daripada servis yang disediakan. Penjualan perisian dan hardware pula hanya menyumbang sebahagian daripada pendapatan.
Segmen Pendapatan Berdasarkan Geografi
Vetece mempunyai klien daripada pelbagai negara contohnya Malaysia, Australia, Singapura, Brunei, Thailand, Papua New Guinea, Hong Kong dan lain-lain.

Untuk membuat perbandingan, sebaiknya kita membuat perbandingan hanya dengan melihat kepada tahun kewangan yang telah lengkap iaitu 2021, 2022 dan 2023.
Berdasarkan trend, Malaysia masih lagi menjadi pelanggan terbesar Vetece dengan merangkumi sebanyak 96.40% dari pendapatan bagi tahun 2023. Pendapatan yang diperoleh dari Australia dilihat semakin merosot.
6. Pendapatan Syarikat Terkini
Satu perkara yang positif mengenai Vetece adalah prestasi kewangan syarikat ini semakin bertambah baik dari tahun ke tahun sejak 2021.
Pendapatan Vetece adalah sebanyak RM23 juta bagi tahun 2023 berbanding hanya RM20 juta bagi tahun 2021 dan 2022.
Jika dilihat kepada margin keuntungan selepas cukai (PAT margin) pula, Vetece berjaya mencatatkan PAT margin sebanyak 28.38% berbangin 15.66% pada tahun 2021 dan 19.92% pada tahun 2022.
7. Kelebihan Vetece Holdings Berhad
- Mempunyai rekod pengalaman selama 21 tahun dalam industri teknologi maklumat
- Servis kualiti yang dijamin di peringkat antarabangsa
- Mempunyai rangkaian rakan teknologi
- Mempunyai perisian khusus penyepaduan aplikasi Perusahaan rangka kerja dalam industri telekomunikasi dan data perusahaan rangka kerja kejuruteraan untuk industri perkhidmatan kewangan
8. Penilaian Syarikat
Berdasarkan laporan yang dikeluarkan oleh pihak ketiga, Vetece Holdings dibandingkan dengan beberapa syarikat lain dalam industri yang sama. Malah, terdapat beberapa syarikat tersenarai juga berada dalam senarai tersebut seperti Infomina Berhad, Microlink Solutions Berhad dan Ramssol Grup Berhad.
Lain-lain adalah syarikat persendirian.
Yang paling menarik, margin keuntungan selepas cukai untuk Vetece merupakan yang paling tinggi iaitu 28.4%.
9. Polisi Dividen Syarikat
Vetece tidak mempunyai polisi dividen formal setakat ini dan sebarang keputusan untuk memberi dividen adalah berdasarkan pandangan ahli lembaga pengarah.
10. Status Syariah
Tanpa perlu ragu-ragu, IPO ini telah disahkan patuh syariah oleh Majlis Penasihat Syariah Malaysia.
Kesimpulan
Setelah membaca maklumat penting di atas, apakah pandangan anda berkenaan dengan IPO ini? Jika anda berpendapat syarikat ini mempunyai potensi, maka bolehlah memohon IPO ini. Semoga berjaya.
Ramai sangat give up dalam saham. Kawan-kawan kami pun ramai dah give up.
Tapi kenapa give up?
Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.
Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.
Hidup ni tak perlu complicated sangat.
Dan tak perlu pun tengok saham ni hari-hari.
Cukup sebulan sekali.
Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:
- Kita tak perlu melekat di screen
- Kita boleh bekerja seperti biasa
- Kurang risiko untuk rugi
- Set siap-siap bila nak jual saham tu
- Kurang stress

Insya-Allah berbaloi… Pra-Daftar dahulu & jadi yang terawal untuk tahu sesi seterusnya!
Siap dapat diskaun Early Bird!




![Saham Kajian: NexG Raih Lanjutan Kontrak Dari KDN [8 Julai 2025]](https://thekapital.my/wp-content/uploads/2025/07/250708-TheKapital-Featured-NexG-360x180.jpg)