• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Monday, June 8, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Konsortium Asteel Raih Kontrak Pelapisan Bumbung Pusat Data Elmina Bernilai RM61.2 Juta

in Catalyst
A A
Konsortium Asteel Raih Kontrak Pelapisan Bumbung Pusat Data Elmina Bernilai RM61.2 Juta
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 9 Ogos (Bernama) — Asteel Group Bhd (Asteel) menerusi anak syarikat milik penuhnya Asteel (Sarawak) Sdn Bhd (ASWK) bersama-sama meraih kontrak bernilai RM61.2 juta bagi pelapisan bumbung dan dinding pusat data hiperskala EBP1A di Elmina Business Park, Selangor.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, Asteel berkata kontrak itu diberikan oleh Gamuda Engineering Sdn Bhd kepada konsortium yang terdiri daripada ASWK dan Sarnatec Sdn Bhd.

Konsortium ini akan bertanggungjawab dalam kerja-kerja pelapisan bumbung dan dinding, dengan projek ini dijadualkan mengambil masa 15 bulan bermula 12 Ogos 2024.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

“Setiap pihak akan memegang 50 peratus kepentingan ekuiti dalam konsortium itu, dengan keuntungan dan kerugian dikongsi mengikut kadar kepentingan masing-masing.

“Sarnatec akan berperanan sebagai rakan kongsi utama, memantau keseluruhan penyelarasan, pengurusan dan pelaksanaan projek, tertakluk kepada keputusan konsortium,” katanya.

Kumpulan berkata projek itu dijangka menambah baik kedudukan daya saingnya dalam projek pembinaan masa depan, khususnya berikutan permintaan yang meningkat terhadap pusat data di Malaysia.

“Tanpa mengambil kira situasi luar jangka, projek itu dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan dan pendapatan sesaham masa depan Asteel Group,” katanya.

— BERNAMA

Tags: AsteelASWKhiperskalaSarnatec
Share246ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

10 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

10 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

10 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

10 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In