• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Monday, June 8, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Sentimen Global Dorong Peningkatan Bursa Malaysia Pada Tengah Hari

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Akhiri Sesi Pagi Rendah
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 9 Ogos (Bernama) — Sentimen global yang memberangsangkan di tengah-tengah pasaran kerja Amerika Syarikat (AS) yang berdaya tahan, membantu peningkatan Bursa Malaysia ketika mengakhiri dagangan awal pada Jumaat, kata peniaga.

Pada 12.30 tengah hari, indeks utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 8.96 mata kepada 1,599.34 daripada paras 1,590.38 di akhir dagangan semalam.

Indeks penanda aras itu menokok 10.78 mata kepada 1,601.16 dan bergerak dalam julat 1,596.97 hingga 1,604.06 sepanjang sesi itu.

Di pasaran meluas, kaunter untung mengatasi rugi iaitu 1,039 berbanding 188 manakala 304 kaunter lain tidak berubah, 911 tidak diniagakan dan 22 lain digantung dagangannya.

Jumlah dagangan sebanyak 2.59 bilion unit bernilai RM1.45 bilion.

Data tuntutan pengangguran AS dengan pelarasan bermusim berjumlah 233,000 bagi minggu berakhir 3 Ogos lepas — berkurangan sebanyak 17,000 dan lebih rendah daripada unjuran Dow Jones pada 240,000, sekali gus turut menepis kebimbangan mengenai kadar pengangguran serta kemelesetan di AS.

Dalam pada itu, Malacca Securities Sdn Bhd menjangkakan minat belian berterusan akan turut melimpah kepada saham-saham tempatan.

“Susulan pemulihan dicatatkan Wall Street, kami percaya sokongan belian ini akan ketara di pasaran tempatan membabitkan sektor pembinaan, hartanah, utiliti dan teknologi.

“Sektor-sektor itu juga penerima manfaat daripada pemangkin pusat data serta kecerdasan buatan,” katanya dalam nota penyelidikan hari ini. 

Firma pembrokeran itu juga memilih sektor pengguna dan perkapalan berikutan persekitaran pengukuhan ringgit.

Tidak ketinggalan, sektor kewangan yang dilihat positif dari segi jangkaan hasil dividen lebih baik.

“Pasaran komoditi pula menyaksikan pengukuhan minyak mentah Brent di tengah-tengah ketegangan geopolitik yang berterusan di Timur Tengah selain momentum peningkatan harga emas yang melebihi US$2,420,” katanya.

Saham wajaran tinggi menyaksikan Maybank dan CIMB masing-masing naik dua sen kepada RM10.16 dan RM7.32, Public Bank meraih satu sen kepada RM4.23, MISC menokok enam sen kepada RM8.49 manakala Tenaga Nasional susut empat sen kepada RM13.96.

Bagi saham aktif, Cape EMS naik 2.5 sen kepada 50 sen; Ekovest meraih 1.5 sen kepada 40.5 sen; ATA IMS naik 5.5 sen kepada 44 sen; KGW dan Velesto Energy masing-masing tidak berubah pada 25 sen dan 21.5 sen.

Di papan indeks pula, Indeks FBM Emas menambah 135.27 mata kepada 12,205.93; Indeks FBMT 100 meningkat 116.71 mata kepada 11,838.69, Indeks FBM ACE meraih 175.14 mata kepada 5,374.53; Indeks FBM 70 melonjak 361.01 mata kepada 17,800.54 manakala Indeks FBM Emas Syariah meningkat 168.43 mata kepada 12,358.17.

Bagi prestasi sektor, Indeks Tenaga meningkat 14.92 mata kepada 924.84; Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian naik 3.68 mata kepada 181.71; Indeks Teknologi menokok 2.57 mata kepada 71.41; Indeks Utiliti meningkat 27.77 mata kepada 1,774.20; Indeks Perkhidmatan Kewangan meraih 65.55 mata kepada 18,085.16 dan Indeks Perladangan meraih 40.38 mata kepada 7,078.02.

— BERNAMA


Share210ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

10 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

11 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

11 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

11 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In